dah lame aku tak update post aktiviti yang aku terlibat. aku menceritakan apa yang ada dalam program.
yang pertama explorace keselamatan. program ini dijalankan pada 16 april bersempena dengan kempen keselamatan jalan raya peringkat IPT di bawah kementerian pengajian tinggi awam malaysia.
program explorace ini di adakan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta yang terlibat tentang keselamatan. tidak kira samaada di jalan raya atau pon tidak.. tetapi fokus adalah untuk keselamatan.
terdapat 13 kumpulan yang terlibat dalam program ini. gerak kerja telah dilakukan lebih awal sebelum program dijalankan.
hasil daripada program yang di jalankan. rata -rata peserta yang tidak dapat meneka atau mengenal papan tanda dengan betul. walaupon ramai yang telah mengambil lesen. aku juga tidak pernah mengenal dengan lebih teliti tentang papan tanda. sebab aku hanye kenal papan tanda tersebut semasa mengambil lesen 10 tahun dahulu. program ini memberikan ku lebih informasi untuk mengenal papan tanda jalanraya..
saranan aku ke pada kerajaan supaya mengadakan semula ujian kepada pemegang lesen selang 2 tahun. untuk menyedarkan pengguna jalan raya tentang papan tanda, ataupun keselamatan jalan raya. ini kerana aku percaya ramai yang tidak tahu atau sudah lupa tentang maksud papan tanda. panduan lalu lintas. penggunaan lalu lintas yang sesuai. bagi setiap kenderaan. dan kerajaan perlu juga untuk membuat ujian buta warna selang 2 tahun juga . saya yakin dengan adanya ujian semula kepada semua pengguna jalan raya. peratusan kemalangan jalan raya sedikit sebanyak dapat di kurangkan. kerajaan sekarang sepatutnya melaksanakannye sekarang. walaupun kelihatan seperti sukar untuk rakyat. tetapi ianya perlu untuk negara. lantas mendidik rakyat menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. di negara maju mereka sudah melaksanakan ujian semula kepada rakyat mereka dalam mendidik rakyat mereka tentang keselamatan jalan raya. contoh seperti di negara jepun.
seterusnya makan untuk semua crew yang telah menjayakan proram explorace.
tempat di pokadot (camne eje die) steamboat.
semoga dapat bekerjasama lagi dengan kalian
terima kasih di ucapkan kepada kawan yang saling tolong menolong. hee
ini pulak kami sambut bufday kak elta. genap umur 27 tahun.. beliau adalah senior aku semasa daku belajar di ikm tsya pekan. selamat hari lahir kak el semoga sihat selalo... ngek!!
kami di dataran batu pahat
rehlah da'wah Yang Mulia Tuan Guru Habib Umar Bin Hafiz
sungguh ramai jemaah yang hadir.
seterusnya kami pergi ke balai polis batu pahat untuk mengambil data statistik kemalangan untuk projek traffik.
membawa adik -adik ke taman permainan di tasik y.. -..-"
igt kecik lgik dak2 nih
ini pula malam anugerah pelajar.
tahniah nik coz dapat anugerah..!!!!
No comments:
Post a Comment