pada 18 -20 ari bulan aku menyertai program " Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2013" yang bertempat di taman negara Endau - Rompin, ada 3 kumpulan dari uthm menyertainya , rata -rata dari pelbagai fakulti , untuk pertandingan ini akan ada beberapa cabaran yang perlu di selesaikan, dan ini adalah cabaran pertama dimana setiap peserta perlu menyiapkan laporan sepanjang program dan juga perlu merekabentuk T-shirt.
kami berkumpul di hep pada jam 8 pagi. dan bertolak pada pukul 8.30 pagi, seterusnya kami berhenti sarapan di Jentayu. dan meneruskan perjalanan kami ke kahang, hampir dalam 1 jam setengah kami tiba di pejabat taman negara. dan menunggu sebilangan peserta yang datang dari utm,poli,kktm. setelah sampai semua peserta, kami meneruskan perjalanan masuk kehutan, sebilangan belajar menaiki 4wd dan aku dan rakan menaiki Truck JPAM yang sgt lasak. sangat seronok menaiki truck tersebut. korang takde pengalaman ni. hahaha. hampir 2 jam perjalanan di dalam hutan kami selamat tiba di taman negara Endau rompin. atau (PETA)
ini adalah aktiviti pertama kami, di mana ada slot ice breaking, bersama jabatan perhilitan, kulim wildlife defenders, jabatan perhutanan dan perbadanan taman negara johor,
untuk sesi pada malamnya bersama Prof. Datin Dr. Maryati bte Mohamed dalam slot light trap, beliau adalah pensyrah uthm dan juga pensyrah aku dalam subjek pengisihan sampah. banyak ilmu yang dapat di perolehi dari prof datin dr maryati.
seterusnya kami akan menjalankan "night walking" . banyak penemuan2 yang aku tak pernah nmpak.. contohnya dalam perjalanan aku nampak tinja gajah. atau erti kata lain taik gajah, harap aku dapat melihat gajah dengan mata kepala sendiri. tetapi atas sebab cuaca tidak mengizinkan kami patah balik ke dewan.
pada keseokan paginya kami bertrekking ke kuala marong - tasik air biru - upih gading. perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam la lebih kurang. untuk sampai kesana.
bergerak ke jeti.
sampai di sungai yang pertama
salah seorang tour guide kami dari masyarakat orang asli. (hamboi pimpin tgn tuh)
di dalam perjalanan hampir 45 minit di dalam hutan pelbagai tumbuhan2 liar yang kami jumpa dan selalu di gunakan oleh masyarakat orang asli di sini dalam kehidupan mereka,
4 beradik mencapub.hahah
sampai di kuala marong
ikan kelah yang sangat banyak
sampai di upih guling dan kami menjamu selera makanan tengahari yang telah di bungkus pagi tadi. huuu. best
seterusnya kami berpatah balik ke tasik air biru untuk mandi..
kanak2 sekolah turut serta bermandi manda
geng2 padu ada juga
-..-"
group utm
aku tgh berenang anjing
antara orang kuat kulimm
dah2 mandi naik2
perjalanan balik ke kem.
orang2 kuat , kuat tuh. hehe
kak huwa huwa sebelum nmpak kucing
bancuhan kedua
kak wiwie
kak hana dengan tekunye
keseokannya adalah hari terakhir kami di dalam hutan.
bersama dgn wakil WCS
cenderahati kepada uthm
group 1
group 2
group 3
selamat pulang.
terima kasih banyak kepada yang terlibat dalam program ini. kepada rakan2 di harap dapat bersama lagi untuk next program, terima kasih kepada Kulim Wildlife defenders, Perbadanan Taman Negara Johor, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, dan semua Fasi2 yang terlibat, banyak input yang di perolehi dari program ini. dengan tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan dengan hidupan liar. di mana mereka juga berperanan di dalam ekosistem alam sekitar. dan kita sebagai manusia haruskan memulihara aset negara yang sangat berharga ini. jikalau bukan kita, siapa lagi yang akan menjaganya. Untuk Generasi Anak cucu cicit cuit kita juga. di harap kepada rakan - rakan yang lain teruskan la usaha anta tanpa jemu untuk memulihara hidupan -hidupan liar dan alam sekitar ini.
di harap semuanya berjaya untuk cabaran yang lain. insyallah.
No comments:
Post a Comment