Sunday, December 26, 2010

formspring.me

Kamu bisa bertanya apa saja. akan ku jawap. http://formspring.me/awiez

Wednesday, December 22, 2010

Cuti semester 2010!!!


Cuti semester 2010!!!

Seronok sungguh lah bercuti dengan kengkawan. Adik2 . nak ber cerita malas lak.. hehe..
Tengok je la photo – photo yang aku lampirkan..



          Hari pertama cuti semester.. hahaha




      Karaoke… ahakss..




Aku merangkap bendahari.. duk kire duit saja..  ehh. Kami di Chempedak Bay a.k.a TC





Yeahhh!!!



Lepak selepas abis kerja




Di pantai peramu anak air




Wif adik!!





Makan – makan …





Style!!




Si putih dengan 2 si hitam.. hehe





Kami di esplanade





bergaya dengan posing style dulu2. Ahaaks





Bila si gay bertemu ini la jadinya.. haha






Muni dating… hye muni samaa. (nape la x bawak yda) :P






Comey la kan kami





Yaaaaaa




Di esplanade!!! Hue hue hue





Kami gay. Kami ok!!! Waklu.. ahakss








Sayang kamu semua.. yo yo yo yo ^____^

Tuesday, December 21, 2010

.:emak;.

aku sayang mak.. korang pon mesti sayang mak korang kan.

aku kalu boleh  nak jadi semua

aku nak jadi Arkitek .    nanti boleh design umah mak cantik2
aku nak jadi Doktor .     nanti boleh aku rawat mak takkala mak sakit
aku nak jadi cheff     .     nanti boleh aku masakan makanan sihat2 dan sedap2 untuk mak
aku nak jadi pilot      .     nanti boleh aku bawak mak naik kapal terbang pergi haji
aku nak jadi imam    .     nanti boleh aku berjemaah ngan mak
aku nak jadi tukang  .     nanti boleh aku baiki barang - barang mak yang rosak.
aku nak jadi tokey baju  nanti boleh aku bagi mak baju2 yang cantik2..

itulah apa yang aku ingin jadi..... pelik ke? x de lah..  ^___^

Tuesday, December 14, 2010

ting tong

hurm.. bile la nk hilang nie..
rindu tul.. cam harem je rindu2 anak org nieh
haih..

nk ngarut apa da... blurr..

sekian.

Wednesday, December 8, 2010

.:Polycystic Ovary(PCO):.





Polycystic Ovary(PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia
Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.
Polycystic ovary atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?
TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakitpuan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

I.Haid tidak teratur.
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II.Gemuk
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
.
III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan.
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

IV.Tumbuh rambut.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
V.Apakah puncanya ?.
Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan ataugangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.
Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO. 
Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.

Ciri ovari dalam ultrasound.
Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar “polycystic ovary”.

Rawatan
i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.
Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.

Meningkatkan kesuburan wanita.
Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.

Ubat subur ClomipheneBiasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.
Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. 

Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

Ubat Metformine
Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.

Rawatan laparoscopy dan ovarian drillingIni adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. 

Tuesday, December 7, 2010

Monday, December 6, 2010

.: kepenatan :.

pagi.
petang
malam
pagi balik.

tanpa henti kusyuk mencari rezeki
untuk poketku yang kian menipis
ku paksa juga 
oh penat lah gileee...

perut lapa, ku tahan
badan letih, ku gagahkan
mata kuyu, ku bukakan
langkah ku perlahan, ku lajukan

hambik ko 18 jam keje.

oh hyatt...


Saturday, November 20, 2010

.:ayah:.

rindu kat ayah aku sejak kejadian itu..

apa yang berlaku?

bermula cerita. sedang kami sekeluarga bersama saudara mara menunaikan solat magrib berjemaah, seperti biasa. ayah aku akan mengimamkan solat. sejak dari dulu lagi. ayah la yang selalu menjadi imam kepada aku. aku sentiasa menjadi makmum kepadanya. yang menyebabkan aku terdetik untuk menulis adalah semasa ayahku baru hendak membaca surah al fatihah..  tiba - tiba suaranya semakin terketar -ketar takkala tengah kusyuk dengan bacaan alfatihah ayah terketar2. aku pun mula menunggu apa yang terjadi.. kelihatan kaki ayah terketar2.. hampir seluruh badan. sambil ayah membaca al fatihah dengan tersekat - sekat .. ayah ku seperti mahu tumbang. aku bersiap sedia untuk memberi salam dan mahu menyambut jika ayah jatuh.. hati aku tidak keruan masa itu.. lantas ayah beri salam dan keluar dari jemaah. dan menyuruh " sila kedepan jadi imam"  adik saudara aku menjadi imam pada masa itu. dan menghabiskan solat berjemaah kami. selesai solat. aku bertanye kepada ayah.. kenapa tadi? " kaki kreng" pastu ayah gelak,, maksudnya kaki x leh nk bergerak.. sebab nya duduk mencangkung mase potong daging petang td.. aku pon cam tuh gak.. potong daging. pas potong daging tuh kaki ku terketar2.. duduk mencangkung terlalu lama.


tapi bukan ini saja yang aku mahu cerita kan..  sampai bila ayah aku mampu menjadi imam?. apekah persediaan aku? bila -bila masa saja allah boleh tarik nyawa. semasa ayah ada ,ayah la yang menjadi ketua keluarga , ayah lah yang mengajar , ayah lah menjadi imam , ayahlah kekuatan, banyak lagi nk di ceritakan tentang seorang ayah. tanggungjawap seorang bapa ini berat..

bolehkah aku menjadi imam macam ayah.? hurm

Tuesday, November 16, 2010

.:wahai sahabat wahai cinta:.



Satu hari CINTA dan SAHABAT berjalan-jalan dalam kampung.
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga. Kenapa?? kerana CINTA ITU BUTA.
Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa??
kerana SAHABAT akan buat apa sahaja demi CINTA.
Di dalam telaga..CINTA hilang. Kenapa??
kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..
sedangkan SAHABAT masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu. Kenapa??
kerana SAHABAT ITU SEJATI dan akan kekal sebagai SAHABAT yang setia.

Wahai Allah Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta kepadaMu agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya kepadaMu agar sahabatku tidak lalai merindui syurgaMu..(^_^) Insyaallah...

 

Monday, November 15, 2010

.:tengs Shahira:.

                                              nad and shahira :D


teruja..
woh.. arini shahira mahu kasi hadiah pada aku
semalam dia tidak membawanya
hari ini dapat la hadiah itu
wah..

tidak pernah aku dapat hadiah seperti ini
baik sungguh hatimu shahira
membuat orang merasa gembira
mudah - mudahan allah akan membuatkanmu lebih gembira.

^____^ kamu comey

.:sedarkan aku;.




air menitis di pipi ku
bukan air mata
tetapi hujan yang turun
seolah- olah menggambarkan perasaanku

ku lihat awan
oh. gelapnya
terasa diriku kesuraman
berfikir tanpa haluan

sedarkan aku 2x
aku hanya inginkan kasih
aku inginkan hati
yang putih lagi bersih

ku lihat awan
oh gelapnya
berlari ku ke sinar cahaya
mengejar cahaya malap

sedarkan aku 2x
aku hanya inginkan kasih
aku inginkan hati
yang ikhlas lagi suci


sedarkan aku...

Saturday, November 13, 2010

.:Soal Jawab antara Rasulullah SAW & Iblis Laknatullah :.

Soal Jawab antara Rasulullah SAW & Iblis Laknatullah

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis Laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa dengan Iblis Laknatullah dan berkata “Hai Iblis! Bahawa Alllah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasulullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah SAW, hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras”.

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis Laknatullah sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu. Iblis Laknatullah pun memberi salam, sehingga 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka Iblis Laknatullah berkata, “Ya Rasulullah! Mengapa dikau tidak menjawab salam aku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”. Maka jawab Rasulullah SAW dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu nabi Allah Adam sehingga keluar dari Syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Allah Ayub engkau tipu dengan asap beracun ketika dia sedang sujud bersembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah nabi Allah Daud dengan perempuan Urya, Nabi Allah Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya’ dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis Laknatullah! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak menjawabnya kerana diharamkan oleh Allah SWT. Maka aku kenal baik-baik bahawa engkaulah Iblis Laknatullah, raja segala Iblis, Syaitan dan Jin yang menyamar diri. Apakah niat engkau datang berjumpa aku?”.

Iblis Laknatullah berkata: “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah, kerana engkau adalah Khatamul Anbiya’ maka engkau dapat kenal aku. Kedatangan aku adalah disuruh Allah SWT untuk memberitahumu segala tipu daya aku terhadap umatmu dari zaman Nabi Allah Adam sehingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! setiap apa yang engkau tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani sembunyikan”. Maka Iblis Laknatullah pun bersumpah dengan menyebut nama Allah SWT dan berkata “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan aku menjadi abu”.

Mendengarkan pengakuan Iblis Laknatullah dan sumpahnya, maka Rasulullah SAW berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan Iblis Laknatullah dengan disaksikan oleh sekalian sahabat yang hadir di majlis berkenaan. Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekalian umat hingga kemudian hari.

Rasulullah SAW mula bertanya: “Wahai Iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Dikaulah musuh aku yang paling besar daripada segala seteru ku di muka bumi ini”.

Maka Rasulullah SAW merenung wajah Iblis Laknatullah menyebabkan Iblis Laknatullah menggelentar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda SAW.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! aku mampu menyamar sebagai sesiapa jua termasuk haiwan bersekali dengan suaranya dengan tepat. Aku ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai dirimu kerana jika aku melakukan yang demikian, nescaya terbakarlah aku menjadi abu. Aku bersungguh-sunguh merentap i’ktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir kerana dikau bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan aku menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Aku tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Aku berharap mereka akan masuk ke neraka bersama-sama denganku serta kekal didalamnya buat selama-lamanya”.

Rasulullah SAW bertanya: “Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Aku goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya aku goda sehingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Aku goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya aku lalaikan dengan harta bendanya daripada emas, perak, rumah dan ladang, dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera Jin, Iblis dan Syaitan yang aku perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, maka aku akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka. Lalu aku hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga mereka melakukan perzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat, aku akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan. Aku juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka telah ramai umat dikau telah aku sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan Jin, Syaitan dan Iblis di mana aku menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takabbur, ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah aku menghasut mereka semasa siang, malam, pagi dan petang”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan usia engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adalah sekeliannya itu adalah anugerah daripada Allah SWT Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan aku melakukan sebesar-besar kejahatan. Tuan juga sedia maklum bahawa aku pernah menjadi ketua segala Malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan aku telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Aku pun mendiami tempatku dengan beribadat bersama-sama Malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azzawajalla dalam tempoh yang begitu lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT kepadaku sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka aku membantah kerana tidak suka berkhalifah. Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan aku dan sekalian Malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali aku seorang enggan bersujud dan aku telah mengingkari hukumNya. Maka aku dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya aku sehingga hari Kiamat. Wajahku yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Aku sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad dengki ku menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya aku telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Allah SWT dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun aku masih tidak berpuas hati sehingga aku dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekalian anak-cucunya sehinggalah ke hari Kiamat. Tetapi dikau telah menghalang pekerjaan ku dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum dikau diputerakan ke dalam dunia ini, aku bersama-sama bala tenteraku mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila aku turun ke dunia, maka aku khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bida’ah dan karut. Tetapi apabila dikau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diizikan Allah SWT untuk naik ke langit dan aku tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umatmu. Ramai Malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika aku berdegil untuk naik ke langit, nescaya Malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tenteraku daripada golongan Jin, Iblis dan Syaitan terkena lontaran Malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Aku dan bala tenteraku amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula dikau dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekalian raja-raja dan di khalayak ramai”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Pertama, aku palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal aku pesongkan, aku akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuanku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Itulah sebesar-besar kesusahan kepadaku. Gementarlah seluruh badanku dan lemahlah tulang sendiku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhan Syaitan Iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah Iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah Iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya, yang sia-sia belaka. Sesetengahnya Iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Didalam hatinya sering berkehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekalian Iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan aku hukum seberat-beratnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah SWT, maka terbakarlah tubuhku serta putus-putus segala uratku, maka larilah aku dari mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Telah binasalah diriku dan gugurlah tulangku kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadapku kerana apabila masuk malam awal Ramadhan, maka memancarlah Nur Arasy dan Kursi serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besarnya anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umatmu berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuha serta ditangkapnya segala bala tenteraku iaitu Jin, Syaitan dan Ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas dan dirantainya kami sekaliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasamu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka. Dan umatmu sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: ” Hai Iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah, adalah sekelian para sahabatmu adalah sebesar-besar seteru kepadaku, kerana tiada upaya aku melawan mereka dan tidak ada satu tipudayaku dapat memasuki mereka, kerana dikau pernah berkata sekelian para sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Ya Nabi Allah, sekelian para sahabatmu sangat taat mengerjakan perintahmu lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariatmu kepada sekelian manusia menerusi Al-Quran dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah itu semasa sebelum beliau bersamamu pun, aku gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingimu. Baliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran dikau sehingga beliau telah menjadi wazirul ‘azam dan dikau telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertuamu dengan mengahwinkan puterina Sayyidatina Aishah yang sangat hafiz hadis-hadismu. Ada pun sahabatmu, sayyidina Umar Al Khatab,aku tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariatmu. Jika aku terpandang wajahnya, maka gementarlah segala sendiku kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi dikau pernah bersabda, jikalau ada lagi nabi selepas aku, nescaya Umar boleh menggantikannya kerana harapan besar dikau keatasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al Faruk. Ada pun sahabatmu, sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat aku hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada’ dan menjadi menantumu sebanyak 2 kali. Kerara ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Dikau telah berkata, barangsiapa menulis BismillahirRahmannirRahim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabatmu, Sayyidina Ali bin Abu Talib, aku sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila Iblis, Syaitan dan Jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali Karamullahu Wajhah dan Harimau Allah. Dikau pernah bersabda, akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya. Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu dikau, maka terlebihlah ngeri aku kepadanya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adalah umatmu ada tiga golongan (1) Seperti airu hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (Malaikat) Jibril, Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat. (2) Umatmu itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebajikan, dan (3) Umatmu itu keadaannya seperti Firaun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitanya aku kepada mereka (umat ke 3) lalu aku masuk ke dalam tubuh mereka, aku putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, aku tarik ke mana (sahaj) sesuka hatiku, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, aku goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (aku) lupakan mereka dari beramal, tidak tahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mereka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempatjudi dan (majlis) tarian”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapa pula yang saman (tarafnya) seperti engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang-orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya aku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari”.

(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas – “Bismillahi Allahomma Inni A’uudzubikaminal Khubhusi Wal Khobais”, Jika masuk ke tandas, dulukanlah dengan kaki kiri dan jika keluar dahulukan dengan kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati “GhufraanakalhamdullillaaHilladzii Azhaba ‘Annil Azza Wa’afaani” dan apabila selesai bersuci dibacakan doa “AllahHumma Tohhir Qalbii Minnan Nifaqi Wahassinni Farjii Minal Fawaa Hisyi”) Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah aku daripadanya.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca “A’uudzubillaa Himinassyaitaanirrajim, Allahumma Jannibnaa Minassyaitaani Wajannibissyaitaan Maa Razaqtana” maka larilah aku daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) akulah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca “Bismillahhirrahmaanirrahim” maka akulah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipu dayamu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Allah SWT kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya “Ilaahiilastulil Firdausi Ahlan, Walla Aqwaa ‘Alanaaril Jahiimi, Fahablii TaubatanWaghfir Dzunuubi, Fainnaka Ghaafiruzzanbil ‘Azimmii”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: ” Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu ari-arinya selama 40 hari, maka aku akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga (menjadi) tempatku bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabuatnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sipakah saudaramu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka aku akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, aku (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat”.

(Apabila hendak tidur, bacalah “BismillaahirRahmanNirrahim” sebanyak 21 X)

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang banyak menyebut nama Allah SWT dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al- Quran serta solat di waktu malam”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah SWT”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis Apa pul yang merantai engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dadaku, maka aku pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka aku duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, aku hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan, aku hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta aku panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Di manakah kediamanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka aku cenderungankan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat tuan hamba telah aku pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis Dimanakah tempat perhimpunanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintaimasjid, apakah yang hendak engkau lakukan?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Aku hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Adapun orang yang sedang solat itu amatlah jahil sekali, (maka) mudahlah untuk aku merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila aku menggoda dan cuba merosakkan solatnya, aku takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantun, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta bersalawat di atas nabi”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba’ “.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahati tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dha’if, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika seorang ulama; meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Telah subur dan bertunaslah hasutanku dan pekerjaanku”.

(Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barasiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama’, maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama’ dan seribu syuhada’”, Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud “Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama’ atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberitahu Allah SWT, 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama’ dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezeki) (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) Dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman (Na’udzubillahHimin Dzaalik), kita berlindung dengan nama Allah SWT.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika Umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmua?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudayaku telah mereka leraikan”.

(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah SWT, (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat – serta solat berjemaah bersama anak dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah).

Rasulullah SAW bertanya lagi: Hai Iblis! Jika umatku bersalawat ke atasku, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Mereka telah membelah mukaku disebabkan ingatan kuat terhadap tuan hamba”.

(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Malaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga”.)

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di Masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman: “Hai sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan”. Maka apabila selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT: “Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka aku sangat berdukacita dan kesal. Maka aku pun menjerit sehingga datang sekelian bala tenteraku dan (mereka) bertanya hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka aku menjawab: Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihani mereka dengan penuh Rahmat serta diperkenankan segala doa merea dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana ke mari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala’ ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka, berangkatlah sekelian bala tentera Iblis, Syaitan untuk mengganggu umat Muhammad”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Telah bersusah-payah aku menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah aku lalu aku menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai celaka, betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka aku pun berpaling (dan) pergi”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Nabi Allah! Putuslah harapanku, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuatan dosa berkenaan. Ya Nabi Allah! Telah aku binasakan ramai manusia dengan (menggoda manusia) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka aku gembira. Tiba-tiba mereka mengucapkan kalimah Laa Ilaa Ha IllAllah dan istighfar, maka binasalah aku, kerana pada masa aku dibuang ke dunia (dulu), aku mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur Iblis Syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau Iblis Syaitan, kerana para Malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada Iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?!”.

Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhrat Tuhan dan berkata: “Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, aku jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya aku dapat mencelah di dalamnya”.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai Mala’un!, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaku”.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”.

Jawab Iblis Laknatullah: “Ya Rasulullah! Bahawasanya aku sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan aku dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada aku, tetapi mereka menurut hasutanku”.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: “Hai Mala’un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagian: (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu”.

Maka Iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuuruRahiim Yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambaNya dengan limpah rahmatNya.

Setelah selesai baginda Rasulullah SAW berdialog dengan Iblis Laknatullah, maka baginda SAW pun menghalau Iblis Laknatullah dengan sabdanya: “Wahai Laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini”. Maka Iblis Laknatullah pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

Maka hairanlah para sahabat RA yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya Iblis laknatullah yang menyelubungi seluruh umat manusia.

Sabda Nabi SAW: “Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa Iblis Laknatullah telah membuat kesalahan atas beberapa sebab: (1) Ia engkar dan membantah perintah Tuhan, (2) Ia takbur dan besar diri (3) Ia berhasad dengki dengan Nabi Adam AS, (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia)(dari) seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudaya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam AS”.

Nabi SAW bersabda lagi: “Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Musa bin Imran AS dan berkata: “Yaa Nabi Allah! Apabila tuan hamba bermunajat kepada Allah SWT di Bukit Tursina, aku hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) aku diterimaNya?”.

Maka sukacitalah nabi Musa AS mendengarkan Iblis Laknatullah yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan Iblis Laknatullah. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah firma Allah SWT: “Wahai Musa, kesalahan Iblis bolehKu ampunkan dengan syarat hendaklah ia (Iblis) bersujud pada kubur nabi Adam”. Maka nabi Musa AS pun menyampaikan firman Allah SWT kepada Iblis Laknatullah. Iblis Laknatullah mengeluh dan berkata: “Wahai Musa! Semasa Adam masih hidup pun aku tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula Adam sudah mati”. Maka Iblis Laknatullah pun beredar.

Sabda Nabi SAW: “Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara: (1) Dengan ilmu para ulama’, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (3) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin”.

Maka sekiranya tidak ada ulama’, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi… Wallahu’alam…

Friday, November 12, 2010

happy kan aku


melihat kucing ini, rasa gembira pula
lupa semua hal dunia.
tertumpu pada kucing ini.
tapi hanya sekejap saja.

bolehkah aku happy lagi?
mesti la boleh
aku pernah happy
dan akan terus happy.

korang2 gumbira la slalu ya wink2

Wednesday, November 3, 2010

.:congrats my bro:.


congrats to my bro. sempena konvokesyen nya.
maaf angah tidak dapat hadir konvo abg
hope dengan kehadiran mak ngan ayah dan adik sudah bererti bagi abg.
angah sentiasakan abg semoga sihat selalu dan berjaya dalam apa jua bidang yang abg ceburi
kau la satu - satu nya abg yang aku ada.
kau la pelindung aku mase aku kecik2 dulo..
kau la rakan bergaduh ku. hehe

p/s : berenti2 la isap rokok.. blanje la aku nieh.. hehee..  rindu semua. ^__^

Tuesday, November 2, 2010

.:Power Series:.




mengapa kau hadir
takkala daku senang
hadirmu buat ku rusing
hadirmu buat ku bimbang

semalaman aku mengenalimu
tetapi aku tidak  memahamimu
kenapa kau hadir
mengganggu tido malam ku

keranamu aku terpaksa
terpaksa mengenalimu juga
terpaksa memahamimu.
kerana mu ku bahagia kelak.

berusaha dengan apa cara
untuk PB ku selamat juga
ku pohon yang maha esa
agar dapat selesaikannya

owh.. Power series~~

Sunday, October 31, 2010

kehidupan aku 1986 - 2010

Salam, woh.. sedar tak sedar aku dah umur 24 thn. apa yang aku buat lam 24 tahun ini untuk dunia?
haha.. tiada siapa yang tahu.. sumuanya allah yang catit apa yang aku buat.



 1 hari - umur 3 tahun :

    Aku menyusahkan mak ayah untuk menjaga aku. memberi susu. makan. pakaian. pendidikan awal . dan lain2.. dengan kasih sayang yang mak ayah kasi. aku hidup dan membesar dengan kehendaknya.walaupun keluarga aku tidak semewah  orang lain..tetapi dengan berkat kesyukuran, alhamdunillah aku hidup untuk umur seterusnya begitu juga dengan mak ayah ku.



3 tahun  - 6 tahun :

     Aku masih hidup dan mula untuk mengenal dunia. yang aku tahu masa itu hanya la bermain . siang malam asyik nk main. lupa untuk makan. lupa untuk minum. hanya mak ngan ayah yang selalu ingatkan aku (angahh!!! mari makan) baru aku ingat untuk makan. selebihnya aku hanya tahu bermain. dan tidak tahu apa - apa yang di tanggung oleh kedua mak ayah ku. aku masih menghisap susu botol lagi pada usia 6 tahun (mak citer) owh. aku sangat rindukan botol susu ku. yang pernah terbang di hidungku.. takkala membuatkan mak marah. tapi dalam masa yang sama mak memujuk ku.. (alolo.. skit je.) mak peluk aku. sambil memujuk ku. yang aku tahu dulu merajuk. hee..
    Aku mula bersekolah tadika sejak umur ku 4 tahun. sebab tidak mahu berpisah dengan insan yang selalu menemaniku sejak aku kecik iaitu abg aku. zaharin. semasa kecil aku selalu bergaduh dengannya. kerap kali la aku bergaduh. hehe.. tapi kami terus berbaik. pelik gak. itulah orang tua cakap. adik bradik ini seperti air yang di cincang tidak kan putus.. apa - ape pun aku sentiasa berkepit dengan abgku semasa di tadika. kalu ada kes gaduh. tak kira abang aku ke atau aku ke yang gaduh. kami sama akan berlawan. tak kisah menang atau kalah. janji kami bersama. itulah ikatan adik beradik yang sangat aku lindungi sampai sekarang. balik dari bergaduh. mesti kene pukul ngan mak lagi. pasal apa gaduh. abg aku sentiasa menyerah diri. rela untuk di rotan. tapi aku ,akan terpekik dan melarikan diri , menyorok bawah katil takkala hendak di rotan oleh mak. owh.. abgku mmg kebal.ngeh3.. mase kecil aku selalu di ejek telinga kepik (telinga aku tidak kelihatan normal) kadang - kadang aku menjadi rendah diri sangat mase kecil. tidak macam orang lain.
mak selalu memujukku (mase mengandungkan aku. kepale aku kat bawah terkepit, tuh jadi telinga aku kepit.) aku bayang kan telinga aku cam goreng keropok. bile masuk lam minyak panas mesti mengembangkan.
wawa.. pemikiran aku pada mase itu.. naif kan..
    Dan mak selalu cakap kalu mak ada duit memang mak dah suruh doktor operate. tapi masa tuh mak ayah aku hidup serba kekurangan. (mak citer balik). tak pa mak, angah paham. angah syukur dpt telinga cam ni. ^_^.  pada masa ini aku telah mula berfikir macam mana la aku 5 tahun nanti.. aku nk jadi apa. apa akan terjadi. serius.. mmg ini lah yang selalu aku pikirkan pada usia ini.


7thn - 9 thn

    Aku mula bersekolah darjah satu. wah.. sangat seronok aku masa itu. ada ramai kawan. seronok sangat. tambah pula aku dapat adik baru. noor zafirah. hehe. aku sayang adik aku. aku saja rajin tengok2 dia , aku tak pernah cemburu dengan kasih sayang yang mak ayah aku kasi pada dia. sebab mak dengan ayah kasi sama rata mengikut usia kami. hehehe.
     Di sekolah masa itu, duit poket ku cuma 30 sen sehari.. wah. nk makan apa? dulu murah nasi lemak 20sen. air 10 sen selepas itu naik nasi lemak 30 sen. air 10. 10 sen lagi bli keropok.. hehe.. begitu la kehidupan aku semasa bersekolah di sek. keb. balok. kuantan. aku bersekolah di sana dari darjah satu sampai darjah 3. masih aku ingat lagi aku dengan abang ku pergi mandi lombong kat belakang umah flet kami berteduh. wah.... sangat seronok mandi lombong.. hehe.. boleh terjun.. berlipat bagai.. best woo. dah macam swimming pool kami.. tetapi bila balik umah kene rotan kaw2 dengan mak.. huhu seperti biasa abangku sedia untuk di rotan manakala aku . berlari teriakkan ketakutan.. tapi last2 kena juga.. berbirat lah kami 2 bradik.
    Pada usia ini kami sangat nakal . jahat - jahat aku la. aku bakar hutan. wawa. jahat tak? aku bakar hutan di sebelah flet itu. ceritanya aku main api kat taman permainan. mase tuh kering. main bakar2. tak tau pula rumput di situ semua kering, selepas itu merebak la sampai di luar pagar. luar pagar itu hutan. so apa lagi? terbakar la semua hutan - hutan . bomba - bomba bertungkus lumus memadam kan api. aku just tengok seperti tak bersalah.. woh. besar juga api erk.. hehe..  "bomba igt cuaca panas kot" padahal aku yang bakar. ngeh3.. cerita lainnya, di flet kami ada la orang melakukan kerja -kerja pembaikan. mengecat. bila siap je orang itu mengecat aku dengan kawan - kawan ku mengambil tanah liat. lalu di lemparnya  bagi melekat di dinding itu. tengok siapa punya paling tinggi melekat pada dinding. lalu perbuatan aku di tonton oleh mak. mak menyuruh aku balik. pastu.. cam biase. dush2. haha.. berbirat la buntut. menangis la aku..hehe
    Dalam darjah 2 aku pergi kafa.. kelas agama.. di situ aku di ajar mengaji , menghafal ayat solat, hafal cerita nabi -nabi, banyak la juga yang aku dapat dalam kafa itu. kawan pun ramai. hehe.. awek pon cantik2 wawawa. tetapi aku pemalu sgt. sebab aku cacat.. tidak seperti org lain.. itu yang membuatkan aku seperti terpinggir. slalu di ejek "telinga cacat".. "budak telinga cacat" " telinga sepet"  woh.. sedih aku semasa aku kecil. menyebabkan aku tidak berkeyakinan untuk berjumpa orang. apa -apa pun aku dengan abg ku.
      Tiap2 malam aku akan mengaji dengan ayah ku. tapi tiap2 kali mengaji aku akan dahulu menangis. hehe.. pelik kan. aku menangis pasal x mau kena pukul.. hehe.. sebab selalu kena pukul ngan ayah pasal tidak dapat membaca dengan lancar.. abg ku sangat lancar membaca.. so die jarang kene rotan ngan ayah.. hehehe.bile dikenang balik zaman itu pada masa sekarang alangkah bestnye. hehe. tapi masa tetap berlalu pergi. tidak akan berpatah balik.


10 - 12 thn

   Umur ini aku darjah 4. dah aku telah bertukar sekolah   ke sek keb. balok . baru.  aku batch pertama yang masuk kat sekolah itu. dengan lumpurnya lagi. sekolah itu tidak siap sepenuhnya lagi. ramai kawan juga di situ. waktu ni duit poket aku di naik kan 60 sen.. wohh.. 60 sen beb. hehe. nasi 50 sen air 10. aku bersekolah la di sekolah itu. Di sekolah inilah aku mula belajar dengan tekun.(tekun la sgt) haha.. selalu kena denda kerana tidak menyiapkan kerje sek. selalu kene rotan. wahh. seronok.. teringat cikgu -cikgu yang mengajar ku. Aku dulu tak suke matematik. selalu gagal saja la matematik aku. ntah la.. pastu cikgu idris la yg mengajar aku matematik. thanks cikgu. hehe.  pada umur ini aku berkhatan (bersunat) peh. sehari sebelum bersunat, aku di jamu oleh makanan yang lazat2, ayam kfc. kek. ikan bakar. kuih2. roti2. gule2. coklat2. air2 yang sedap. wohh. melantak la aku mase tuh.. kerane selepas itu aku kan berpantang hehe. x ley da makan tuh sume.dpt duwet gak time tuh.. huhu aku berkhatan kat umah atok aku.. panggil doktor la. beramai - ramai. seronok mase tuh. hehe. mule kazen aku masuk dulu.. menjerit - jerit dia. pehh. aku yang kat luar tuh dah seram sejuk dengar die menjerit, menangis. time tuh jugak la aku demam. hahhaa.. aku second.. berdebar - debar aku membaca ayat al -quran. surah "3 kul" surah an - nas , al falak dan al - ikhlas. itu ja aku bace. alhamdunillah tak rasa apa - apa.. selamat la aku.. hehe.. berase sudah meningkat remaja pada masa itu.
   Pada usia aku 12 thn. wahh.. sudah besau skit. tp masa itu aku masih pendek. aku pada mula2 nya berada di kelas ke 2 .setelah ujian 1, aku dapat no yang paling last. so kena la pindah kelas ke 3. di situ aku blajar betul -betul untuk masuk balik ke kelas ke 2. alhamdunillah kat kelas ke 3 aku telah mendpt no 2.. ngeh3... masuk la bali kelas  ke2. hehe. selepas itu percubaan upsr. aku fail bhse inggeris. woh. sedih je.. pastu aku die ajar oleh teacher kalawatidewi. cam tuh kot name nye. aku lulus upsr. 4 b 1 c je. wuu. aku tidak pandai sangat pon. mak aku suh aku sek arab kat sek men agama al ihsan kuantan. pada masa itu ada temuduga. ada pelbagai ujian. tulis arab, mengaji. jawab soalan dalam bahasa jawi. tetapi malangnya ,aku tak dapt masuk sekolah agama itu. pada masa itu abg aku dah masuk sek agama dah. aku pula berfikir apa akan jadi pada aku pada 5 tahun akan datang. memang ini yang aku slalu fikirkan . seperti tidak mahu terima kenyataan yang aku akan semakin membesar. suka dengan kehidupan kecil ku.


13 thn - 15 thn

     Oleh sebab aku tak dapat masuk sek agama aku bersekolah di sekolah harian biasa iaitu sek. men. keb. beserah. woh kat sini aku mula menjadi remaja. woh.. bebas , ape lagi. semua benda -benda baru mahu cuba. aku cuba menghisap rokok pada usia ini. tapi hanya 3 hari saja.. selepas itu aku x isap.. tak sedap langsung. aku tidak isap dah sampai sekarang. alhamdunillah. pada usia ni aku membantu ayahku mengajar budak- budak mengaji. kat umah. boleh dianggarkan hampir 43 org anak murid ayah aku.. per ramai kan.. aku cume ngajar untuk yang membaca i'raq saja..  woh seronok mengajar org. di usia muda. ngeh3.
   Pada usia ini aku syg pemalu dengan perempuan. ialah .. aku ada kekurangan. ejekan2 pada masa kecik dahulu masih lagi terbawa -bawa sampai sekolah menengah  menyebabkan aku kurang keyakinan diri. untuk bercakap. aku pendiam .. malu. aku sorang saja yang rasa apa yang terbuku di hati aku..pada usia aku 15 tahun aku masuk pkbm (L) atau dikenali sebagai kadet laut. kat sini aku bnyk die ajar displin diri.. kekuatan diri. persedian mental. dengan terlibat dgn kem2.. aku menjadi semakin yakin dengan diri aku.. aku tidak perduli dengan ejekan org yang slalu menpertikai kan kecacatanku.  mase ni aku pmr. aku mendapat keputusan yang tidak memuaskan. woh sedih aku.. terasa seperti kurang kerkeyakinan.


16 thn - 17 thn

    Form 4 aku mengambil subjek elektif sains pertanian dan seni. aku sangat meminati seni. sehingga menjadi harapan cikgu seni di dalam kelas. sains pertanian pun best. tanam2 jagung.. best wo.. tanam sawi.. hehe. seronok tul time sek.. semasa di sekolah aku banyak berlibat dengan koko. aku masuk kadet laut, ngan silat lagi, kelab sains pertanian. ngan seni. paling banyak mengharumkan nama sekolah aku.ialah kadet laut.. banyak pengalaman aku dapat dari penyertaaan aku dalam kadet laut ini. banyak yang telah mengajar aku  keyakinan diri. kecekalan.. woh.. trima kasih GI nordin yang telah banyak membimbing ku semasa daku dalam kadet laut ini. aku masih igt aku balik dari kem kebangsaan pkbm (L) aku telah menjadi tidak segan untuk berborak dengan perempuan. maksudnya di sini aku lebih berkeyakinan. tidak malu. dan tidak lari bila bersua dengan perempuan. tp kadang2 lari juga. ngeh3. pada usia 17 thn aku mulai kenal cinta. woh. cinta dengan rakan sekelas aku. peh.. syg sgt aku kat die. haha. cinta monyet derr. sampai skang aku berkawan rapat ngan die. family die ngan adik bradik die pon kenal aku. sememangnya kami kawan rapat.. sebab die gile cam aku gak. haha. (sori eisha) hahaha .kami kapel kejap je.. hehe 3 bulan sja.. selepas itu aku SPM .peh. aku yang berada die kelas ke 3  terpaksa mengambil periksa bersama dengan kelas belakang2. kelas yg ke 10.. pasal cik "norwardin" die tertinggal nama aku semasa nak daftar spm .. woh.. pastu aku dia daftarkan lewat.. aku tidak boleh berjuang bersama rakan- rakan sekelas ku.. woh.. tak pa perjuangan mesti diteruskan.. haha
  

18 thn -20 thn

 Result keluar pada mase usia ku 18 thn. peh.. aku dpt 6 kredit je 2 lulus..  jeles tengok dak2 lain yang ada"A".aku tak tau nk mintak kat mane.. sebab kalu nk mintak u kompen tak dapatnya lah... aku menjadi kurang yakin dengan keputusan spm aku. nak ambil dip pun tak lepas..aku apply poli ngan ikm je u pon aku mintak gak. tp tak dapat. . last ikm je dpt.. senibina. woh.. apakah itu senibina.. hehe.. senibina badan?.. hehe eh ngarut lak.. alah bidang2 arkitek. sesuai dengan impian aku.. aku nk jadi arkitek. duk lukis2 bagai.. walaupun lukisan tak cantik.. aku main lukis jee. rase happy je bile lukis. di situ aku mula mengenal dunia luar. mak ayah aku tak jaga. aku tak pernah keluar bandar ngan kawan -kawan tau. sampai la aku abis SPM. bru aku keluar kebandar. itu pon ngan abg aku.. naif nya aku mase tuh. tak tau sgr bandar kuantan.. nak order makan pun tak reti. makan kfc pon tak tau nak order yang mana. naifnya aku.. lambat aku kenal dunia tidak seperti org lain. yang hidup bebas. tp aku syukur dengan apa yang mak ayah aku ajarkan padaku.  meskipun keluarga aku  tak kaya. tetapi ibubapa ku tidak ajar aku untuk makan mewah -mewah.yang mahal - mahal. so aku pun tak pernah mintak makan mahal2. cukup lah dengan masakan ikhlas dan kasih sayang dari mak aku.
   Aku belajarlah di ikm. di sem kedua aku mula bercinta. wahh.. kali ni dengan org negeri sembilan kecik2 je orangnya putih2. tapi sayang tahan 3 bulan saja. woh.. frust menonggeng aku ... aku mmg akan sayang tul2 org tuh la kalu dah bercinta. sem 3 aku belajar dengan perasaan sedih. woh. sedih beb.. tapi kuteruskan juga belajar sampai habis. selepas tamat blaja di ikm tsya aku pergi praktikal di jkr.  di situ aku belajar banyak benda. peh pengalaman banyak aku dapt. sronok lak aku.. dapat berjalan2. banyak juga la sumbangan aku semasa berada di jkr dahulu. dengan ilmu- ilmu yang aku perolehi semasa di jkr. sgt aku hargai. dan aku masih gunakan ilmu itu sampai sekarang.
   Selepas aku abis praktikal aku pon ditawarkan bekerja di site istana mahkota pahang oleh arkitek pahang en fauzi bin arifin a.m.p   gembira betul aku dah dapat kerja. tapi gaji slalu tal cukup.selalu berfoya - foya. hehe
  Pada mase aku bekerja itu aku pun ade majlis konvokesyen. redha la dengan pointer aku tuh.walaupun pointer aku tak mencecah 3 pointer , tapi aku dapat anugerah best student tau untuk kos aku... haha.. rezeki.. sampai sekarang aku masih pelik.. nape la ku yang dpt. kawan2 aku yg lain 3. pointer lebih kot.. adakah itu rezeki?. salah pandang?. wohh.. ke petunjuk untuk aku terus maju lagi..

    Selepas 6 bulan aku bekerja di istana. aku pon mandapat tawaran belajar. di psmza. jurusan kej. awam. wohh.. aku dpt pilihan ke 2.. pilihan pertama aku dip senibina.. tapi tak dapat.. en fauzi nak bantu aku suh aku pindah di polisas. nak suruh aku ambik senibina juga. tapi aku cakap. takpa la ambi saja. banyak ilmu dapat.. hehe. so aku teruskan jugak la dengan kej awam. mak ayah aku tak pernah pun menghalang aku dalam menentukan apa yang aku pilih.. just doakan aku yang terbaik saja.. mak ayah lah yang bnyak membantu aku. tak terbalas budi mak ayah aku.. aku just boleh balas dengan kejayaan saja..


21 thn -23 thn

Aku mula memasuki psmza.. dari dan aku org paling tua lam kelas aku. woh.. sangat terase jugak la. yang lain sume muda 2 tahun dari aku.. aku seperti teruja untuk belajar.. bnyk kawan baru dapat. kat situ aku mule mencari hala tuju aku. sebab aku telah lari bidang yang aku idamkan. tp aku teruskan juga. blajar dari bawah.. kawan2 aku yg seusia aku sudah pon hendak menghabiskan diplomanya.. aku masih lagi di sem satu. yang terumbang ambing.. kadang2 berfikir boleh kan aku di peringkat diploma ni.. seperti susah saja.
Tapi hari demi hari aku teruskan juga..  pada sem 2 aku mula menmui cinta. haha. kali ni ngan org pahang. kat kuantan je. tp hanya bertahan 2 thn 8 bln je .. furst nonggeng gak. tp nk wat camna.. hidup perlu di teruskan.
    Semasa aku belajar di terengganu. slalu jugak la aku balik kuantan. merempit je.. merempit beb.. 2 jam je ganu sampai kuantan.. x jauh.. he boleh kate selang 2 minggu gak la aku balik kuantan. ade gak aktiviti yg aku join sperti kelas extreme.. woh. best gak.. aku tak rethi main .tp join je.. dpt gi jalan2.. hehe . dalam tiap2 cuti sem saja aku mesti keje kat first kat pum minyak kat area umah aku tuh.... sronok la dpt keje.. bley tampung duwet poket.. sebulan je aku keje.. .. untuk cuti semberikutnya aku bekerja kat hotel hyatt.. pada mase tuh wat tu praktikal.. ..aku praktikal di syarikat lama aku .. still lagi site kat istana itu. huhu.. seronok. siang aku praktikal. mlm aku keje kat hyatt. ramai kawan aku dapat masa kat hyatt. still kontek sampai sekarang.hee  pas aku habis belajar di psmza  aku pon duk umah je mase tuh. sedih bile terkenang kenangan semasa di psmza dulu. malam sehari untuk berpisah tuh kami sedih jah. pehh.. sedey wey.. pastu x jumpe dah..


24 thn

   Aku masuk MCMF untuk 2 bulan .sebagai persediaan aku untk melanjutlan pelajaran aku ..lam 2 bulan aku aku di ajar mcm2. sgt seronok kursus ni.. kursus bahase inggeris. aku x rethi sgt inggeris. tapi aku cube jugak. nak bercakap pun tak pandai. .. lam kursus ni bnyk la yang best2. 4m menyanyi,menari,main,makan,.. hehe cam tadika lak. ape2 pon best sgt time nie.. kami semua seperti satu keluarga. tak mahu berpisah. selepas habis mcmf aku pulang ke kuantan.  banyak pengalaman yang aku dapat.



  Bulan 3  aku ptus ngan kekasih hati. frust wohh.. .pastu bulan 4 aku ade interview kat utm untk kemasukan thn 2 ijazah senibina.. aku seperti tak percaya. aku dapat tawaran. impian aku mungkin akan jadi kenyataan.  britahu mak ayah aku. aku nk pergi. mak aku yang sokong aku pergi. trima kasih mak.  aku pergi ngan kawan baik aku 3 org. tidur di kampung kawan aku. mase tuh la aku mule menjejak kai di johor. hee sebelum ni x pernah langsung pergi johor.3 hari 2 malm aku pergi ngeh. selepas itu kami balik ke kuantan
      Tapi malangnya setelah beberapa minggu result keluar.. aku sukacitanya aku tak dapat tawaran masuk utm tuh. peh.. punah harapan aku untuk kejar impian aku. mase tuh aku berkonvo pulak nk ambik dip. happy la skit time tuh.. jumpa kawan - kawan.

 aku mula mencari kerja. pergi hantar resume kat mana2 company.. perodua, TACC , mcm2 lagi. dah interview tp tak ada jawapan.. mungkin bukan rezeki aku lagi. aku kerja di hotel haytt lagi mase tuh. partimer je lah. tak terikat ngan hotel.. tiba2 kawan aku call. " awie mung dpat mane? doh check dah ke result masuk u"  aku tgh keje.. blum lagi. pada mase tuh aku tak ada harapan dah untuk sambung belajar. tapi terdetik kat hati aku nk tengok juga. lalu aku msj kawan aku (sha) untuk check result aku . pasal die je slalu online . aku tengah bekerja. tak senang di buatnye. tgk kawan2 dapat sambung blaja. pastu sha pun cakap aku diterima masuk UTHM. wohh.. bru aku igt uthm pilihan pertama aku.. senibina utm pilihan ke 2.. aku igtkan pas ditolak utm . aku x kan dapt mane2 lagi la. tapi rezeki aku. aku pon wat keje ngan senyuman. wwawawa. keseokan paginya aku britau mak ayah aku. wohh.. gumbira. mak aku hanya tersenyum.. mak pun ckp kene kumpul duit. angah kena tolong mak wat keje umah. woh.. yuran lak 1900 lebeh.. pehh bnyak tuh. mane nk cekau.. mak aku keluarkan duwet simpanan die. hasil menjahit dari 15 tahun lepas. aku sedih je. mak ayah aku bnyk bekorban.. patut nya di usia aku sekarang ini. aku sudah pon mempunyai kerjaya. dan membantu mak ayah aku. ringan la sikit beban mereka. tapi aku masih tak dapat membalas jasa mak ayahku. masih lagi menyusahkan mak ayah ku
     Sekarang aku telah pun berada di uthm. bebekalkan doa mak ayah aku terus berada di sini. belajar lah awie selagi boleh belajar. zaman mak ngan ayah dulu tak ada duit.. terharu.. semasa mereka pulang dari menghantar aku di uthm. mak mencium aku.. kasih sayang yang mak kasi sayang indah. berasa senang. dan selamat . cam ne nk gambarkan erk prasaan ni.. wuh wuh wuh..

   Di sini aku mendapat ramai kawan. aku masih lagi cuba menyesuaikan diri aku ngan alam u ni. sebab situasinya tidak sama dengan sebelumnya.. apa2 pon yang aku sampai ketahap ini. adalah dari kehidupan aku. cara hidup aku. yang paling penting .. doa mak ayah... doakan juga untuk mereka.  mak ayah tak jemu2 mendoakan anak- anak dia supaya berjaya kelak..  rezeki anda allah dah tentu kan .. setiap makhluk yang hidup di bumi allah telah di tentukan rezekinya. kita saja perlu usaha untuk mendapatkan rezeki tuh.. bukan duk tunggu ja ya.. tapi usaha lah. insyallah ada balasan disetiap yang diusahakan..





yang benar..
awiez.

^___^
hehe
http://bit.ly/17xmDgK