Saturday, October 12, 2013

Bertapa Di Gunung Ledang

Assalamualaikum semua.
       aku nak berkongsi sedikit dengan program yang baru semalam berlangsung. di mana UTAG telah mengadakan Aktiviti Pertapaan di Gunung Ledang.  Dimana Tujan utamanya adalah Niat untuk Mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

     Sepanjang bertapa, peserta  itu akan berlepas diri dari kehidupan harian mereka spt bercakap2, bermain dgn rakan2 @ keluarga, berfikir tentang urusan kerja dan masalah kehidupan, melakukan maksiat seperti melihat aurat2 @ mengumpat dsb. Apa yang perlu dibuat di sepanjang pertapaan ini hanyalah, berwirid dengan bilangan yg ditetapkan (teramat banyak), solat (sunat dan fardu), muhasabah diri.

    kami tiba di gunung ledang pada pukul 6 ptg. seramai 18 orang yang terlibat. dimana peserta seramai 13 orang. 5 orang fasi termasuk saya. kami membersihkan diri dan solat mangrib berjemaah berzikir , dan solat isyak berjemaah, setelah solat kami mengisi perut dengan roti dan maggi yang aku bawa dari rumah. sebelum kami melepaskan para peserta. semua peserta di berikan taklimat ringkas oleh Tuan Amran. selaku Penganjur,

     pada pukul 10 lebih kami mendaki naik. sehingga ke kolam puteri. di situ kami akan bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan penjagaan. aku dan amran menjaga satu kumpulan manakala nadia dan abgnya Tuan Fahran satu kumpulan.  semua di kumpul kan berhadapan dengan kolam puteri. sambil menunggu mereka berzikir memuji2 Allah s.w.t sebelum di lepaskan sorang perseorangan ke dalam hutan/tempat yang telah di pilih.

    peserta pertama di panggil untuk menuju ketempat pertapaan. begitu juga seterusnya (maaf ada cerita mistik semasa kejadian yang tidak boleh di ceritakan) sehinggalah orang yang terakihr.

kami membiarkan meraka bertapa beberapa jam di tempat yang telah di tetapkan. kami menunggu dengan sabar. semoga tidak ada apa yang serius berlaku semasa pertapaan berlaku.

Apabila selesai sahaja pertapaan semua sekali dikumpul untuk  taklimat ringkas dan menceritakan serba ringkas tentang apa yang berlaku. Hanya beberapa orang sahaja yang telah melepasi ujian tersebut. apa2 pon pertapaan berjalan dengan lancar walaupon ada juga gangguan yang di alami oleh peserta dan fasi. tapi alhamdulillah semua dapat di selesaikan dengan baik.

seterusnya adalah permandian di kolam puteri. semua peserta menyertai permandian ini. aku tak mandi :P..

setelah mandi kami turun ke bawah semula untuk majlis penganugerahan selempang kepada peserta oleh Penganjur. selesai sahaja majlis pengaanugerahan selempang kepada peserta dan juga peserta terbaik. kami bersurai pada pukul 3 pagi. dan aku sampai kerumah dalam pukul 5 pagi.


tgk la gambar yang di lampirkan..














Tahniah kepada mereka yang telah melepasi ujian semalam. yang tidak berjaya jgn putus asa. next program boleh cuba lagi. tempat lagi seram. di harap semalam menjadi pengalaman manis buat semua yang ditinggalkan di dalam hutan.. hargai keindahan dan kebesaran allah.

No comments:

Post a Comment

http://bit.ly/17xmDgK