Tuesday, August 29, 2017

Kepada anakku

kepada anak ku,

hari ni abah nak menceritakan perjalanan abah selepas pada belajar dahulu . Abah Konvo Tahun 2014 di UTHM, selepas habis belajar abah terus dapat kerja di Johor baharu, di sebuah syarikat bumiputra..(natang ape bumiputra tuh) wahai anakku yang noob.. bumiputra tuh seperti kumpulan Bumiputra Rokers... nnti anakku google la (tak tau zaman akan datang masih ade google lagi ke idak). nnti tau la maksud bumi putra tuh.

Anakku,

Sehingga hari ini abah masih belum menjumpai ibu mu. ntah menyorok dimana abah cari.. untuk mempunyai mu wahai anakku, abah perlu menemui ibu mu dengan segera. kalau abahmu ni tak menjumpai ibumu dgn segera.. maka abah takkan berjaya untuk menghasilkan anakku ini yang ensem/comey cam artis kpop.. baka abah mu ni ade la kpop... kpop versi terbakoo la..

Anakku,

mungkin zaman kamu nnti akan lebih mencabar menjelang 2050 nnti , sekarang 2018 perdana menteri zaman abah (YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Razak) memperkenal kan TN50 Tranformasi Nasional 2050 la maksudnye. abah pon ade terlibat dgn program TN50 bnyk inspirasi dari anak muda (golongan abah skang la)  antaranye yang sempat abah kutip semasa program itu, pelajar2 sekolah tidak lagi membawa buku tesk tebal ke sekolah, ( penat bahu budak2 nak bawak buku tebal2 ke sekolah)  satu pembaziran kertas dan pembaziran global. bnyk pokok kene tabang tau nak menghasilkan kertas tuh. nnti korang ke sekolah hanye membawa tablet je la kot.. atau cam citer ironman tuh ke, pasific rims tuh ke..( nnti try cari citer tuh kalu ade) abah tak suke korang layan drama melayu time magrib tuh.. gi layan citer omputih.. biar berkembang sikit otok tuh, jangan jumut sgat ok?...jangan amalkan KBAT ( kemahiran Berfikir Aras Tinggi)  Katak Bawah Tempurung.

Anakku..

kalau nnti abah sudah tua, jagalah abah dengan kasih syang seperti mana abah jaga kamu ketika masih kecil, mungkin akan datang abah akan susah , mungkin abah akan senang, tetapi igt, bantu la orang yang disekeliling kita dengan ikhlas, bantu selagi mampu, jgn pernah jemu, jgn kamu bergaduh Adik beradik., nnti abah piat dengan rotan, tgk la degil2 nnti abah rotan je. tapi tak tau la.. mungkin mak kamu lebih garang dari abah.. nasih korang la dapat mak garang nnti kan.. ape2 itu mak kamu . utamakan mak kamu dahulu wahai anakku, mak kamu, mak kamu, mak kamu, baru abah.. igt tuh.. syurga itu di bawah tapak kaki mak mu, tp syurga mak mu di bawah patak kaki abah.... hahahahaaah


nnti abah cerita perihal abah time abah keje yaa...

Wednesday, November 19, 2014

Konvo 14


assalamualaikum..

mule2 sekali aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada mak dan ayah saya.. kerana tanpa jemu sentiasa memberikan semangat untuk berada ketahap ini..

ini sedikit gambar pada hari konvokesyen ke 14 uthm.







































Friday, March 7, 2014

Ntah la Tajuk ape die

alhamdulillah tamat la sudah aku dengan pengajian aku di uthm dalam program sarjana muda kejuruteraan awam dengan kepujian selama 3 thn setengah.. banyak yang terjadi, banyak benda yang aku kutip di sepanjang pengajian aku di parit raja ini. aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan- kawan seperjuangan aku, kepada pensyarah2, guru2 cikgu2, dan yang paling aku berbanyak2 terima kasih ialah kepada IBU BAPA ku yang selalu memberi bantuan,sokongan,doa sehingga aku boleh ke tahap ini. tanpa mereka aku tidak kemana. mereka lah yang sentiasa membantu aku takkala aku susah. sekarang tiba masanya aku untuk membalas jasa kedua ibubapa aku.. walaupon kita semua tahu jasa Mak dan Ayah kita TAK TERBALAS!!!.. Iyaa.. TAK terbalas jasa mereka..  dan kita juga akan lalui juga sebagaimana mereka menjaga kita pabila kita ada anak sendiri nnti.

untuk langkah awal aku di alam pekerjaan aku mengikuti kursus Jr. Architect.  selama 3 bulan di Astec . ia adalah sebuah pusat kemahiran bertauliah. untuk kursus SKM senibina. walaupun aku ada sijil  Tek. Senibina. aku menyertai kursus itu adalah untuk aku mengasah balik skill2 aku di samping mencari ilmu baru dan juga mencari peluang pekerjaan. dan aku harapkan yang terbaik dari kursus yang aku sertai ini. segalanya ketentuan.. dan aku sentiasa akan terus berusaha untuk lebih baik untuk diri aku dan juga untuk membantu keluarga aku.

sudah hampir sebulan lebih aku di astec. Makin hari makin banyak kerja yang di berikan. aku harap dapat selesaikan dengan baik kesemua tugasan yang diberikan.

sedikit gambar aktiviti aku di astec.

ini program explorasi yang berlangsung di tasik y..  seronokk!!





















ini sahaja perkongsian aku pada post kali ini.

apa yang berlaku dan akan berlaku akan datang, perlu bersiap sedia untuk itu..
sekian.. :)