Monday, March 14, 2011

tsunami di jepun 2011

ini ada gambar semasa dan selepas tsunami di jepun.



saya mendoakan agar saudara-saudara kita yang berada disana, tak kira apa bangsa sekalipun, tabah menghadapi segala ujian yang diberikan-Nya. Al-Fatihah kepada saudara-saudari muslim yang  kehilangan anggota keluarga, dan takziah kepada saudara-saudari di bumi Jepun .

Tuesday, March 8, 2011

Teng adik.... huhu

terima kasih kat Eny Shafina coz sudi nyanyikan lagu feberet gua.. wahh.. aku mmg minat lagu ni wehh.
losing it - nevershoutnever .  jom sama - sama kite dengar Eny Shafina (Kucing Hijau)


mekasih ya cik Eny Shafina (Blog Eny)
balik kuantan nanti kite jamming yaa.
mekasih  dik ^____^

Friday, March 4, 2011

sehari di sg nibong

28.2.11

aku bersama teman - teman pergi ke kg sg. nibong, untuk membuat penyelidikan tentang kebudayaan masyarakat jawa di malaysia. iaitu barongan, riyok.(reog) dimana kami di bawa oleh pemandu pelancong. kawan kepada fadhil. "tak in" neme die. ntah la. inn je aku dengar.  samapai sahaja di tempat yang kami ingin pergi. rumah yang aku igtlah. berdekatan dengan monumen layang burung satu malaysia.
yuyu,cik yah,surya,zawa

setelah sampai di rumah itu kamu pun pergi ke rumah wak laji. dimana beliau adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyimpan barang/peralatan barongan. menurut wak laji beliau adalah generasi ke 3 yang menyimpan barongan dari moyangnya. barongan wak laji ini di ambil dari tanah jawa indonesia dan di bawa ke sg nibong. di mana di sg nibonglah tempat bermulanya barongan di malaysia. barongan wak laji di perbuat dari kulit harimau dan bulu burung merak yang sebenar.


wak laji sedang memasang bulu burung merah di atas kepala harimau

seterusnya kami bergambar dengan setiap watak yang ade di dalam cerita barongan ,riyok(reog ) ini. aku cam biase la tukang ngambilnya gambar. haha. yang kelakar nya masing -masing tiba- tiba bercakap indon sama wak laji.. hahah.. aku ngak paham apa yang wak laji cakap. ada sesetengah yang aku tidak fahami.


kami yang berstyle


zawa ngan cik yah (watak tuan puteri)




fadhil dan apot mencuba kuda tunggangan si puteri(riyok)

antara peralatan muzik yang slalu di gunakan semasa barongan di pertontonkan ialah

 gong


gendang besar

tanglung


watak yang ada dalam barogan ialah

tembem,pentol,ganong

setelah sesi bergambar baru la kami naik kerumah untuk sesi temuramah bersama wak laji
banyak juga input yang kami dapat. kerana sebelum ini kami memang tidak tahu apa -apa pasal barongan. dan tak pernah tahu barongan itu senibudaya masyarakat jawa.
hari sudah senja dan sudah masuk magrib. kami bersolat dahulu di rumah wak laji sebelum meneruskan
perjalanan ke destinasi lain. iaitu ke rumah pak abu, pak abu adalah ketua permainan bagi barongan sg nibong , dimana segala cerita dan watak pak abu tahu.  sebelum ke rumah pak abu kami pergi makan dahulu
wah sungguh seronok. pasal orang belanje makan "tak in" blanje makan.. terima kasih kepada beliau.


 wil fred


fadhil dan "tak in"

surya,zawa,cik yah

terima kasih kepada "tak in" kerana belanja kami ya ^__^


selepas makan kami terus ke rumah pak aku. wahh di situ bnyak lagi input yang kami dapat tentang watak barogan.

kusyuk mendengar cerita dari pak abu


pak abu ensem

pantang bergambo tul dak2 ni


ini adalah cerita dari pak abu

Barongan ini mengisahkan tentang peminangan Perabu Kolono Siwan Donno dan Warok Singo Ludroo dengan puteri Songgo Langit. Maka terdapat satu tempat bernama Kerajaan Kendiri. Kerajaan Kendiri di dalam negeri itu terdapat seorang puteri yang bernama Puteri Songgi Langgit. Pada ketika itu Puteri Songgo Langit sudah bertunang dengan seorng raja yang bernama Perabu Kelono Siwan Donno. Pada suatu hari, Warok Singo Ludroo yang datangnya dari Negeri Bantara hendak meminang puteri Kerajaan Kendiri. Warok Singo Ludro mempunyai sifat fizikal berbadan seperti manusia berkepalakan harimau dan mempunyai merak di tengkuknya.

Puteri Kendiri menolak pinangan itu kerana dia sudah bertunang dengan Perabu Kelono Siwan Donno. Namun begitu, Warok Singgo Ludro memaksa Tuan Puteri menjadi isterinya. Maka, dalam serba salah puteri ketika itu, puteri pun mengeluarkan satu syarat yang berbunyi “saya mahu satu tarian atau persembahan yang belum pernah dibuat dan tidak pernah dilihat”. Dalam pada itu Patih Bujang Ganong nmencadangkan supaya membuat persembahan Riyok. Apabila sudah dipersetujui cadangan tersebut, Bujang Ganong pun memanggil rakan-rakannya seperti Tembem, Pentul dan Joko Taun.

Namun begitu, apabila sedang asyik Bujang Ganong ,Tembem, Pentul, Joko Taun dan Kelono Siwan Donno membuat persembahan, tiba-tiba Puteri Songgo Langit disambar oleh Warok Singgo Ludroo dan dibawa terbang ke Negara Bantara Aingin. Apabila keadaan menjadi kelam kabut, Puteri Songgo Langit sudah tidak kelihatan maka bersurailah satu persatuan tarian tersebut.

tepat pukul 11 mlm kami ingin pulang ke kolej kami mengabadikan gambar kami bersama pak abu dan anak-anaknya


kami ingin pulang ya pak

bergambar bersama pak abu dan puteri -puterinya


sekian saja dari saya.
terima kasih kepada ahli kumpulan yang terlibat dalam tugasan ini.
^__^

Thursday, March 3, 2011

Sunday, January 23, 2011

hantu!!!

hantu fb.

hantu makan

hantu malas


ni la segelintir hantu yang menghantui student di uthm. wahahha..
lukisan ku mase aku bosan..  conteng muke hantu la.

Saturday, January 22, 2011

aku lalok


iya.. aku semakin lalok.. sudah genap 2 minggu aku di serang batuk. tidak juga sembuh sampai sekarang.
aku tidak sudah makan ubat. macam - macam ubat dah aku makan. masih lagi tidak sembuh.. ubat batuk hospital. woods, bena, cap ibu dan anak.. pasni ubat batuk apa pula aku mahu makan. ubat batuk hospital sangat mengantuk. amat!!! bile makan pagi je mengantuk lam kelas.. cam na mau tumpu lecture.. ya allah..
kalau tak makan ubat teruk la aku asyik batuk lam kelas.. makan pula mengantuk ya amat. kuat tul ubat hospital.. ubat batuk woods pon mengantuk juga. tapi kesan mengantuknya kurang sikit daripada ubat hospital.. woh.. sudah 2 botol ubat batuk woods aku makan. masih lagi tidak menampakan hasilnya.. sekarang aku makan ubat batuk cap ibu dan anak.. herba semuanya. ubat batuk ini kurang mengantuk atau tidak mengantuklah.. dan iya juga sedap.. tapi still lagi tidak dapat menyembuhkan batuk aku.. cume boleh mengurangkan batuk aku jelah.. nampak juga la kesan ubat batuk cap ibu anak mak nie.. hehe.. skang aku tgh makan ubat batuk ibu anak yang ke2.. pasni kalu x baik2 gak.. gi la jumpe doktor lagi.. kot kot penyakit ape da ... jangan la h1n1 sudah la.. ade tande die pada aku nieh. hehe.. adei. mintak -mintak la bukan..
tentang pemakanan aku jage gak.. makan ikan bako.. yang berminyak aku kurangkan.. air aku da x minum air sejuk .. minum aku order yang suam - suam saja.. adeii. sabar je lah.. kalau batuk ni aku kurang bercakap pasal bila nk bercakap saja batuk.. aku banyak diamkan diri daripada bercakaap stakat ni.. kang batuk dpn orang kang tak sopan lak.. ahhh. peduli ape aku.. jnji batuk aku lepas.. hehe. cover -cover la skit maksud aku...
           ptptn sudah pon keluar. tapi aku tak tau nk beli ape.. kalu nk bli kamera nikon d3100 1800 kot arge die. pt baru 1850.. wahah... blanje 50 hinggit je aku sem ni kalu aku beli.. hold dlu nk beli kamera tuh. tapi aku tetap minat photoshot niwh.. hurm.. pinjam kamera kawan je lah.. hue heu.. adeii.


aku ngantuk.. lalok dah ni.. tido dlu.. x larat taip da.. nite ya.. mimpi ngeri2 ya

Wednesday, January 12, 2011

2011

naik semester ini aku jadi senior la kan. semakin naik tahap kesibukan aku semester ini. akan ku usaha sedaya upaya aku  untuk menguatkan lagi mana yang aku lemah. masih terdaapat bnyak lagi kelemahan yang ku harus perbaiki. iya. saban2 tahun slalu untuk menjadi yang elok.. tengah usaha.. doakan jelah...

naik semester baru aku ditempatkan ke kolej baru. cam apartmen. tapi cam ape ntah rules. cam kem tentera. hurm. nak wat camne . lam dunia kalu x de rules punah la. sabar je lah. tapi jangan la rule tuh cam menyusahkan student cam aku nie. ape sangat la suare aku untuk di dengar oleh pihak kolej. tak pasal - pasal kang kene saman.

anyway minggu ni minggu saman menyaman berlangsung kat kolej kediaman aku. saman mana - mana student 2010/2011 yang membawa kereta. yang masih lagi meletak kereta dalam kawasan parking kolej. hurm. ape da. sian student yang bawa kete jauh -jauh nak suh hantar semula.. cammana nak wat urusan rasmi ngan tak rasmi nnti. contoh kalu emergency nk ambik hantar kawan sakit ka. beli ubat ka. ambik kawan ka. banyak lagi urusan tak rasmi. masing  masing boleh fikir . tapi rule tetap rule. apa boleh wat kan. tapi aku yakin setiap masalah daapt diselesaikan dengan menang -menang. at least dengar la suara kami nie. tak da la nak berteriak lam fb je kami -kami org ni... hurmm. rule tetap rule. hehe.. iya iya.. 

itu permasalahan yang berlaku sekarang di kolej kediaman ku. aku mabye tak terlibat , sebab aku tak membawa kenderaan... tak ade kereta untuk di bawa kesini. tapi kesian kat kawan - kawan yang lain.
sekarang pembelajaran sudah berlangsung. tapi ptptn masih tidak masuk lagi. iya.. sabar je lah. ptptn tengah usaha untuk meringankan beban - beban student. trima kasih cik ptptn . jangan lewat sangat dah la. ptptn sem lepas sudah mahu habis.. saya sudah berjimat jimat sem lepas. masuk la cepat sem ni agar saya dapat berjimat lagi.. hehe..

apa yang aku ingin beli sem ni? lam pale otak aku nak camera dslr nikon.. x kisah la. d3000, d70 d90. wah. aku semakin tabsub ngan kamera itu. aku cintakan kecantikan alam2, benda2. semua ciptaan. aku hanya ingin jadi pengambil gambar sahaja. bukan masukn semua kecantikan benda -benda dan ciptaan apa pon.. mahu jadi pengambil gambar yang kreatif saja. hee. amin.. itu hanya hobi la.. mane la tau nanti bley jadi satu kerjaya semasa tua or separuh masa..

nanti bersambung lah. ^__^