Friday, November 12, 2010

happy kan aku


melihat kucing ini, rasa gembira pula
lupa semua hal dunia.
tertumpu pada kucing ini.
tapi hanya sekejap saja.

bolehkah aku happy lagi?
mesti la boleh
aku pernah happy
dan akan terus happy.

korang2 gumbira la slalu ya wink2

Wednesday, November 3, 2010

.:congrats my bro:.


congrats to my bro. sempena konvokesyen nya.
maaf angah tidak dapat hadir konvo abg
hope dengan kehadiran mak ngan ayah dan adik sudah bererti bagi abg.
angah sentiasakan abg semoga sihat selalu dan berjaya dalam apa jua bidang yang abg ceburi
kau la satu - satu nya abg yang aku ada.
kau la pelindung aku mase aku kecik2 dulo..
kau la rakan bergaduh ku. hehe

p/s : berenti2 la isap rokok.. blanje la aku nieh.. hehee..  rindu semua. ^__^

Tuesday, November 2, 2010

.:Power Series:.




mengapa kau hadir
takkala daku senang
hadirmu buat ku rusing
hadirmu buat ku bimbang

semalaman aku mengenalimu
tetapi aku tidak  memahamimu
kenapa kau hadir
mengganggu tido malam ku

keranamu aku terpaksa
terpaksa mengenalimu juga
terpaksa memahamimu.
kerana mu ku bahagia kelak.

berusaha dengan apa cara
untuk PB ku selamat juga
ku pohon yang maha esa
agar dapat selesaikannya

owh.. Power series~~

Sunday, October 31, 2010

kehidupan aku 1986 - 2010

Salam, woh.. sedar tak sedar aku dah umur 24 thn. apa yang aku buat lam 24 tahun ini untuk dunia?
haha.. tiada siapa yang tahu.. sumuanya allah yang catit apa yang aku buat.



 1 hari - umur 3 tahun :

    Aku menyusahkan mak ayah untuk menjaga aku. memberi susu. makan. pakaian. pendidikan awal . dan lain2.. dengan kasih sayang yang mak ayah kasi. aku hidup dan membesar dengan kehendaknya.walaupun keluarga aku tidak semewah  orang lain..tetapi dengan berkat kesyukuran, alhamdunillah aku hidup untuk umur seterusnya begitu juga dengan mak ayah ku.



3 tahun  - 6 tahun :

     Aku masih hidup dan mula untuk mengenal dunia. yang aku tahu masa itu hanya la bermain . siang malam asyik nk main. lupa untuk makan. lupa untuk minum. hanya mak ngan ayah yang selalu ingatkan aku (angahh!!! mari makan) baru aku ingat untuk makan. selebihnya aku hanya tahu bermain. dan tidak tahu apa - apa yang di tanggung oleh kedua mak ayah ku. aku masih menghisap susu botol lagi pada usia 6 tahun (mak citer) owh. aku sangat rindukan botol susu ku. yang pernah terbang di hidungku.. takkala membuatkan mak marah. tapi dalam masa yang sama mak memujuk ku.. (alolo.. skit je.) mak peluk aku. sambil memujuk ku. yang aku tahu dulu merajuk. hee..
    Aku mula bersekolah tadika sejak umur ku 4 tahun. sebab tidak mahu berpisah dengan insan yang selalu menemaniku sejak aku kecik iaitu abg aku. zaharin. semasa kecil aku selalu bergaduh dengannya. kerap kali la aku bergaduh. hehe.. tapi kami terus berbaik. pelik gak. itulah orang tua cakap. adik bradik ini seperti air yang di cincang tidak kan putus.. apa - ape pun aku sentiasa berkepit dengan abgku semasa di tadika. kalu ada kes gaduh. tak kira abang aku ke atau aku ke yang gaduh. kami sama akan berlawan. tak kisah menang atau kalah. janji kami bersama. itulah ikatan adik beradik yang sangat aku lindungi sampai sekarang. balik dari bergaduh. mesti kene pukul ngan mak lagi. pasal apa gaduh. abg aku sentiasa menyerah diri. rela untuk di rotan. tapi aku ,akan terpekik dan melarikan diri , menyorok bawah katil takkala hendak di rotan oleh mak. owh.. abgku mmg kebal.ngeh3.. mase kecil aku selalu di ejek telinga kepik (telinga aku tidak kelihatan normal) kadang - kadang aku menjadi rendah diri sangat mase kecil. tidak macam orang lain.
mak selalu memujukku (mase mengandungkan aku. kepale aku kat bawah terkepit, tuh jadi telinga aku kepit.) aku bayang kan telinga aku cam goreng keropok. bile masuk lam minyak panas mesti mengembangkan.
wawa.. pemikiran aku pada mase itu.. naif kan..
    Dan mak selalu cakap kalu mak ada duit memang mak dah suruh doktor operate. tapi masa tuh mak ayah aku hidup serba kekurangan. (mak citer balik). tak pa mak, angah paham. angah syukur dpt telinga cam ni. ^_^.  pada masa ini aku telah mula berfikir macam mana la aku 5 tahun nanti.. aku nk jadi apa. apa akan terjadi. serius.. mmg ini lah yang selalu aku pikirkan pada usia ini.


7thn - 9 thn

    Aku mula bersekolah darjah satu. wah.. sangat seronok aku masa itu. ada ramai kawan. seronok sangat. tambah pula aku dapat adik baru. noor zafirah. hehe. aku sayang adik aku. aku saja rajin tengok2 dia , aku tak pernah cemburu dengan kasih sayang yang mak ayah aku kasi pada dia. sebab mak dengan ayah kasi sama rata mengikut usia kami. hehehe.
     Di sekolah masa itu, duit poket ku cuma 30 sen sehari.. wah. nk makan apa? dulu murah nasi lemak 20sen. air 10 sen selepas itu naik nasi lemak 30 sen. air 10. 10 sen lagi bli keropok.. hehe.. begitu la kehidupan aku semasa bersekolah di sek. keb. balok. kuantan. aku bersekolah di sana dari darjah satu sampai darjah 3. masih aku ingat lagi aku dengan abang ku pergi mandi lombong kat belakang umah flet kami berteduh. wah.... sangat seronok mandi lombong.. hehe.. boleh terjun.. berlipat bagai.. best woo. dah macam swimming pool kami.. tetapi bila balik umah kene rotan kaw2 dengan mak.. huhu seperti biasa abangku sedia untuk di rotan manakala aku . berlari teriakkan ketakutan.. tapi last2 kena juga.. berbirat lah kami 2 bradik.
    Pada usia ini kami sangat nakal . jahat - jahat aku la. aku bakar hutan. wawa. jahat tak? aku bakar hutan di sebelah flet itu. ceritanya aku main api kat taman permainan. mase tuh kering. main bakar2. tak tau pula rumput di situ semua kering, selepas itu merebak la sampai di luar pagar. luar pagar itu hutan. so apa lagi? terbakar la semua hutan - hutan . bomba - bomba bertungkus lumus memadam kan api. aku just tengok seperti tak bersalah.. woh. besar juga api erk.. hehe..  "bomba igt cuaca panas kot" padahal aku yang bakar. ngeh3.. cerita lainnya, di flet kami ada la orang melakukan kerja -kerja pembaikan. mengecat. bila siap je orang itu mengecat aku dengan kawan - kawan ku mengambil tanah liat. lalu di lemparnya  bagi melekat di dinding itu. tengok siapa punya paling tinggi melekat pada dinding. lalu perbuatan aku di tonton oleh mak. mak menyuruh aku balik. pastu.. cam biase. dush2. haha.. berbirat la buntut. menangis la aku..hehe
    Dalam darjah 2 aku pergi kafa.. kelas agama.. di situ aku di ajar mengaji , menghafal ayat solat, hafal cerita nabi -nabi, banyak la juga yang aku dapat dalam kafa itu. kawan pun ramai. hehe.. awek pon cantik2 wawawa. tetapi aku pemalu sgt. sebab aku cacat.. tidak seperti org lain.. itu yang membuatkan aku seperti terpinggir. slalu di ejek "telinga cacat".. "budak telinga cacat" " telinga sepet"  woh.. sedih aku semasa aku kecil. menyebabkan aku tidak berkeyakinan untuk berjumpa orang. apa -apa pun aku dengan abg ku.
      Tiap2 malam aku akan mengaji dengan ayah ku. tapi tiap2 kali mengaji aku akan dahulu menangis. hehe.. pelik kan. aku menangis pasal x mau kena pukul.. hehe.. sebab selalu kena pukul ngan ayah pasal tidak dapat membaca dengan lancar.. abg ku sangat lancar membaca.. so die jarang kene rotan ngan ayah.. hehehe.bile dikenang balik zaman itu pada masa sekarang alangkah bestnye. hehe. tapi masa tetap berlalu pergi. tidak akan berpatah balik.


10 - 12 thn

   Umur ini aku darjah 4. dah aku telah bertukar sekolah   ke sek keb. balok . baru.  aku batch pertama yang masuk kat sekolah itu. dengan lumpurnya lagi. sekolah itu tidak siap sepenuhnya lagi. ramai kawan juga di situ. waktu ni duit poket aku di naik kan 60 sen.. wohh.. 60 sen beb. hehe. nasi 50 sen air 10. aku bersekolah la di sekolah itu. Di sekolah inilah aku mula belajar dengan tekun.(tekun la sgt) haha.. selalu kena denda kerana tidak menyiapkan kerje sek. selalu kene rotan. wahh. seronok.. teringat cikgu -cikgu yang mengajar ku. Aku dulu tak suke matematik. selalu gagal saja la matematik aku. ntah la.. pastu cikgu idris la yg mengajar aku matematik. thanks cikgu. hehe.  pada umur ini aku berkhatan (bersunat) peh. sehari sebelum bersunat, aku di jamu oleh makanan yang lazat2, ayam kfc. kek. ikan bakar. kuih2. roti2. gule2. coklat2. air2 yang sedap. wohh. melantak la aku mase tuh.. kerane selepas itu aku kan berpantang hehe. x ley da makan tuh sume.dpt duwet gak time tuh.. huhu aku berkhatan kat umah atok aku.. panggil doktor la. beramai - ramai. seronok mase tuh. hehe. mule kazen aku masuk dulu.. menjerit - jerit dia. pehh. aku yang kat luar tuh dah seram sejuk dengar die menjerit, menangis. time tuh jugak la aku demam. hahhaa.. aku second.. berdebar - debar aku membaca ayat al -quran. surah "3 kul" surah an - nas , al falak dan al - ikhlas. itu ja aku bace. alhamdunillah tak rasa apa - apa.. selamat la aku.. hehe.. berase sudah meningkat remaja pada masa itu.
   Pada usia aku 12 thn. wahh.. sudah besau skit. tp masa itu aku masih pendek. aku pada mula2 nya berada di kelas ke 2 .setelah ujian 1, aku dapat no yang paling last. so kena la pindah kelas ke 3. di situ aku blajar betul -betul untuk masuk balik ke kelas ke 2. alhamdunillah kat kelas ke 3 aku telah mendpt no 2.. ngeh3... masuk la bali kelas  ke2. hehe. selepas itu percubaan upsr. aku fail bhse inggeris. woh. sedih je.. pastu aku die ajar oleh teacher kalawatidewi. cam tuh kot name nye. aku lulus upsr. 4 b 1 c je. wuu. aku tidak pandai sangat pon. mak aku suh aku sek arab kat sek men agama al ihsan kuantan. pada masa itu ada temuduga. ada pelbagai ujian. tulis arab, mengaji. jawab soalan dalam bahasa jawi. tetapi malangnya ,aku tak dapt masuk sekolah agama itu. pada masa itu abg aku dah masuk sek agama dah. aku pula berfikir apa akan jadi pada aku pada 5 tahun akan datang. memang ini yang aku slalu fikirkan . seperti tidak mahu terima kenyataan yang aku akan semakin membesar. suka dengan kehidupan kecil ku.


13 thn - 15 thn

     Oleh sebab aku tak dapat masuk sek agama aku bersekolah di sekolah harian biasa iaitu sek. men. keb. beserah. woh kat sini aku mula menjadi remaja. woh.. bebas , ape lagi. semua benda -benda baru mahu cuba. aku cuba menghisap rokok pada usia ini. tapi hanya 3 hari saja.. selepas itu aku x isap.. tak sedap langsung. aku tidak isap dah sampai sekarang. alhamdunillah. pada usia ni aku membantu ayahku mengajar budak- budak mengaji. kat umah. boleh dianggarkan hampir 43 org anak murid ayah aku.. per ramai kan.. aku cume ngajar untuk yang membaca i'raq saja..  woh seronok mengajar org. di usia muda. ngeh3.
   Pada usia ini aku syg pemalu dengan perempuan. ialah .. aku ada kekurangan. ejekan2 pada masa kecik dahulu masih lagi terbawa -bawa sampai sekolah menengah  menyebabkan aku kurang keyakinan diri. untuk bercakap. aku pendiam .. malu. aku sorang saja yang rasa apa yang terbuku di hati aku..pada usia aku 15 tahun aku masuk pkbm (L) atau dikenali sebagai kadet laut. kat sini aku bnyk die ajar displin diri.. kekuatan diri. persedian mental. dengan terlibat dgn kem2.. aku menjadi semakin yakin dengan diri aku.. aku tidak perduli dengan ejekan org yang slalu menpertikai kan kecacatanku.  mase ni aku pmr. aku mendapat keputusan yang tidak memuaskan. woh sedih aku.. terasa seperti kurang kerkeyakinan.


16 thn - 17 thn

    Form 4 aku mengambil subjek elektif sains pertanian dan seni. aku sangat meminati seni. sehingga menjadi harapan cikgu seni di dalam kelas. sains pertanian pun best. tanam2 jagung.. best wo.. tanam sawi.. hehe. seronok tul time sek.. semasa di sekolah aku banyak berlibat dengan koko. aku masuk kadet laut, ngan silat lagi, kelab sains pertanian. ngan seni. paling banyak mengharumkan nama sekolah aku.ialah kadet laut.. banyak pengalaman aku dapat dari penyertaaan aku dalam kadet laut ini. banyak yang telah mengajar aku  keyakinan diri. kecekalan.. woh.. trima kasih GI nordin yang telah banyak membimbing ku semasa daku dalam kadet laut ini. aku masih igt aku balik dari kem kebangsaan pkbm (L) aku telah menjadi tidak segan untuk berborak dengan perempuan. maksudnya di sini aku lebih berkeyakinan. tidak malu. dan tidak lari bila bersua dengan perempuan. tp kadang2 lari juga. ngeh3. pada usia 17 thn aku mulai kenal cinta. woh. cinta dengan rakan sekelas aku. peh.. syg sgt aku kat die. haha. cinta monyet derr. sampai skang aku berkawan rapat ngan die. family die ngan adik bradik die pon kenal aku. sememangnya kami kawan rapat.. sebab die gile cam aku gak. haha. (sori eisha) hahaha .kami kapel kejap je.. hehe 3 bulan sja.. selepas itu aku SPM .peh. aku yang berada die kelas ke 3  terpaksa mengambil periksa bersama dengan kelas belakang2. kelas yg ke 10.. pasal cik "norwardin" die tertinggal nama aku semasa nak daftar spm .. woh.. pastu aku dia daftarkan lewat.. aku tidak boleh berjuang bersama rakan- rakan sekelas ku.. woh.. tak pa perjuangan mesti diteruskan.. haha
  

18 thn -20 thn

 Result keluar pada mase usia ku 18 thn. peh.. aku dpt 6 kredit je 2 lulus..  jeles tengok dak2 lain yang ada"A".aku tak tau nk mintak kat mane.. sebab kalu nk mintak u kompen tak dapatnya lah... aku menjadi kurang yakin dengan keputusan spm aku. nak ambil dip pun tak lepas..aku apply poli ngan ikm je u pon aku mintak gak. tp tak dapat. . last ikm je dpt.. senibina. woh.. apakah itu senibina.. hehe.. senibina badan?.. hehe eh ngarut lak.. alah bidang2 arkitek. sesuai dengan impian aku.. aku nk jadi arkitek. duk lukis2 bagai.. walaupun lukisan tak cantik.. aku main lukis jee. rase happy je bile lukis. di situ aku mula mengenal dunia luar. mak ayah aku tak jaga. aku tak pernah keluar bandar ngan kawan -kawan tau. sampai la aku abis SPM. bru aku keluar kebandar. itu pon ngan abg aku.. naif nya aku mase tuh. tak tau sgr bandar kuantan.. nak order makan pun tak reti. makan kfc pon tak tau nak order yang mana. naifnya aku.. lambat aku kenal dunia tidak seperti org lain. yang hidup bebas. tp aku syukur dengan apa yang mak ayah aku ajarkan padaku.  meskipun keluarga aku  tak kaya. tetapi ibubapa ku tidak ajar aku untuk makan mewah -mewah.yang mahal - mahal. so aku pun tak pernah mintak makan mahal2. cukup lah dengan masakan ikhlas dan kasih sayang dari mak aku.
   Aku belajarlah di ikm. di sem kedua aku mula bercinta. wahh.. kali ni dengan org negeri sembilan kecik2 je orangnya putih2. tapi sayang tahan 3 bulan saja. woh.. frust menonggeng aku ... aku mmg akan sayang tul2 org tuh la kalu dah bercinta. sem 3 aku belajar dengan perasaan sedih. woh. sedih beb.. tapi kuteruskan juga belajar sampai habis. selepas tamat blaja di ikm tsya aku pergi praktikal di jkr.  di situ aku belajar banyak benda. peh pengalaman banyak aku dapt. sronok lak aku.. dapat berjalan2. banyak juga la sumbangan aku semasa berada di jkr dahulu. dengan ilmu- ilmu yang aku perolehi semasa di jkr. sgt aku hargai. dan aku masih gunakan ilmu itu sampai sekarang.
   Selepas aku abis praktikal aku pon ditawarkan bekerja di site istana mahkota pahang oleh arkitek pahang en fauzi bin arifin a.m.p   gembira betul aku dah dapat kerja. tapi gaji slalu tal cukup.selalu berfoya - foya. hehe
  Pada mase aku bekerja itu aku pun ade majlis konvokesyen. redha la dengan pointer aku tuh.walaupun pointer aku tak mencecah 3 pointer , tapi aku dapat anugerah best student tau untuk kos aku... haha.. rezeki.. sampai sekarang aku masih pelik.. nape la ku yang dpt. kawan2 aku yg lain 3. pointer lebih kot.. adakah itu rezeki?. salah pandang?. wohh.. ke petunjuk untuk aku terus maju lagi..

    Selepas 6 bulan aku bekerja di istana. aku pon mandapat tawaran belajar. di psmza. jurusan kej. awam. wohh.. aku dpt pilihan ke 2.. pilihan pertama aku dip senibina.. tapi tak dapat.. en fauzi nak bantu aku suh aku pindah di polisas. nak suruh aku ambik senibina juga. tapi aku cakap. takpa la ambi saja. banyak ilmu dapat.. hehe. so aku teruskan jugak la dengan kej awam. mak ayah aku tak pernah pun menghalang aku dalam menentukan apa yang aku pilih.. just doakan aku yang terbaik saja.. mak ayah lah yang bnyak membantu aku. tak terbalas budi mak ayah aku.. aku just boleh balas dengan kejayaan saja..


21 thn -23 thn

Aku mula memasuki psmza.. dari dan aku org paling tua lam kelas aku. woh.. sangat terase jugak la. yang lain sume muda 2 tahun dari aku.. aku seperti teruja untuk belajar.. bnyk kawan baru dapat. kat situ aku mule mencari hala tuju aku. sebab aku telah lari bidang yang aku idamkan. tp aku teruskan juga. blajar dari bawah.. kawan2 aku yg seusia aku sudah pon hendak menghabiskan diplomanya.. aku masih lagi di sem satu. yang terumbang ambing.. kadang2 berfikir boleh kan aku di peringkat diploma ni.. seperti susah saja.
Tapi hari demi hari aku teruskan juga..  pada sem 2 aku mula menmui cinta. haha. kali ni ngan org pahang. kat kuantan je. tp hanya bertahan 2 thn 8 bln je .. furst nonggeng gak. tp nk wat camna.. hidup perlu di teruskan.
    Semasa aku belajar di terengganu. slalu jugak la aku balik kuantan. merempit je.. merempit beb.. 2 jam je ganu sampai kuantan.. x jauh.. he boleh kate selang 2 minggu gak la aku balik kuantan. ade gak aktiviti yg aku join sperti kelas extreme.. woh. best gak.. aku tak rethi main .tp join je.. dpt gi jalan2.. hehe . dalam tiap2 cuti sem saja aku mesti keje kat first kat pum minyak kat area umah aku tuh.... sronok la dpt keje.. bley tampung duwet poket.. sebulan je aku keje.. .. untuk cuti semberikutnya aku bekerja kat hotel hyatt.. pada mase tuh wat tu praktikal.. ..aku praktikal di syarikat lama aku .. still lagi site kat istana itu. huhu.. seronok. siang aku praktikal. mlm aku keje kat hyatt. ramai kawan aku dapat masa kat hyatt. still kontek sampai sekarang.hee  pas aku habis belajar di psmza  aku pon duk umah je mase tuh. sedih bile terkenang kenangan semasa di psmza dulu. malam sehari untuk berpisah tuh kami sedih jah. pehh.. sedey wey.. pastu x jumpe dah..


24 thn

   Aku masuk MCMF untuk 2 bulan .sebagai persediaan aku untk melanjutlan pelajaran aku ..lam 2 bulan aku aku di ajar mcm2. sgt seronok kursus ni.. kursus bahase inggeris. aku x rethi sgt inggeris. tapi aku cube jugak. nak bercakap pun tak pandai. .. lam kursus ni bnyk la yang best2. 4m menyanyi,menari,main,makan,.. hehe cam tadika lak. ape2 pon best sgt time nie.. kami semua seperti satu keluarga. tak mahu berpisah. selepas habis mcmf aku pulang ke kuantan.  banyak pengalaman yang aku dapat.



  Bulan 3  aku ptus ngan kekasih hati. frust wohh.. .pastu bulan 4 aku ade interview kat utm untk kemasukan thn 2 ijazah senibina.. aku seperti tak percaya. aku dapat tawaran. impian aku mungkin akan jadi kenyataan.  britahu mak ayah aku. aku nk pergi. mak aku yang sokong aku pergi. trima kasih mak.  aku pergi ngan kawan baik aku 3 org. tidur di kampung kawan aku. mase tuh la aku mule menjejak kai di johor. hee sebelum ni x pernah langsung pergi johor.3 hari 2 malm aku pergi ngeh. selepas itu kami balik ke kuantan
      Tapi malangnya setelah beberapa minggu result keluar.. aku sukacitanya aku tak dapat tawaran masuk utm tuh. peh.. punah harapan aku untuk kejar impian aku. mase tuh aku berkonvo pulak nk ambik dip. happy la skit time tuh.. jumpa kawan - kawan.

 aku mula mencari kerja. pergi hantar resume kat mana2 company.. perodua, TACC , mcm2 lagi. dah interview tp tak ada jawapan.. mungkin bukan rezeki aku lagi. aku kerja di hotel haytt lagi mase tuh. partimer je lah. tak terikat ngan hotel.. tiba2 kawan aku call. " awie mung dpat mane? doh check dah ke result masuk u"  aku tgh keje.. blum lagi. pada mase tuh aku tak ada harapan dah untuk sambung belajar. tapi terdetik kat hati aku nk tengok juga. lalu aku msj kawan aku (sha) untuk check result aku . pasal die je slalu online . aku tengah bekerja. tak senang di buatnye. tgk kawan2 dapat sambung blaja. pastu sha pun cakap aku diterima masuk UTHM. wohh.. bru aku igt uthm pilihan pertama aku.. senibina utm pilihan ke 2.. aku igtkan pas ditolak utm . aku x kan dapt mane2 lagi la. tapi rezeki aku. aku pon wat keje ngan senyuman. wwawawa. keseokan paginya aku britau mak ayah aku. wohh.. gumbira. mak aku hanya tersenyum.. mak pun ckp kene kumpul duit. angah kena tolong mak wat keje umah. woh.. yuran lak 1900 lebeh.. pehh bnyak tuh. mane nk cekau.. mak aku keluarkan duwet simpanan die. hasil menjahit dari 15 tahun lepas. aku sedih je. mak ayah aku bnyk bekorban.. patut nya di usia aku sekarang ini. aku sudah pon mempunyai kerjaya. dan membantu mak ayah aku. ringan la sikit beban mereka. tapi aku masih tak dapat membalas jasa mak ayahku. masih lagi menyusahkan mak ayah ku
     Sekarang aku telah pun berada di uthm. bebekalkan doa mak ayah aku terus berada di sini. belajar lah awie selagi boleh belajar. zaman mak ngan ayah dulu tak ada duit.. terharu.. semasa mereka pulang dari menghantar aku di uthm. mak mencium aku.. kasih sayang yang mak kasi sayang indah. berasa senang. dan selamat . cam ne nk gambarkan erk prasaan ni.. wuh wuh wuh..

   Di sini aku mendapat ramai kawan. aku masih lagi cuba menyesuaikan diri aku ngan alam u ni. sebab situasinya tidak sama dengan sebelumnya.. apa2 pon yang aku sampai ketahap ini. adalah dari kehidupan aku. cara hidup aku. yang paling penting .. doa mak ayah... doakan juga untuk mereka.  mak ayah tak jemu2 mendoakan anak- anak dia supaya berjaya kelak..  rezeki anda allah dah tentu kan .. setiap makhluk yang hidup di bumi allah telah di tentukan rezekinya. kita saja perlu usaha untuk mendapatkan rezeki tuh.. bukan duk tunggu ja ya.. tapi usaha lah. insyallah ada balasan disetiap yang diusahakan..





yang benar..
awiez.

^___^
hehe

Sunday, October 10, 2010

:::Apabila Syaitan Bermesyuarat:::

Apabila Syaitan Bermesyuarat..

Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci...
insyaAllah..
Secebis ilmu dr sahabat, ana tolong forwardkan untuk dikongsi bersama...
moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, para sahabat, syuhadak serta muslimin dan muslimat.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ...

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar.
Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam.
Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuas hati dengan isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi.
Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.
Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah.
Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini, 

"Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna : 

B-eing U-nder S-atan's Y-oke? - Berada di bawah telunjuk Syaitan? 

Wallahua'lam...

 sumber: Ash Sinar

||tdak plu mminta izin jika ingin b'kongsikan b'sama shabat2 anda..(^^,)||

Friday, August 20, 2010

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

Salam kepada rakan -rakan ku. di sini inginku berkongsi serba sedikit tentang apa yang aku baca dari blogs seseorang..di harap boleh ambik apa yang elok. (hanya berkongsi Input berguna)



by Danish Irfan on Saturday, August 14, 2010 at 2:42pm



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
tanda bukti islam makin lemah.
xkira pucuk pimpinan hingga ke bwahan


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Thursday, August 19, 2010

Sejarah Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia



  

LIAN adalah perkataan dalam bahasa Yunan, bermaksud "SILAT" dalam bahasa
Melayu atau cara-cara atau teknik-teknik beladiri. Itulah yang dianggap oleh Guru Silat
Lian pada satu masa dahulu. Bagi kami daripada Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia
beranggapan sebagai 'L'- Latihan, 'I'-Istikamah, 'A'-Anggota, 'N'-Nafas. Iaitu penyatuan
segala gerak laku tubuh adalah bergantung semata-mata kepada kemampuan nafas.
         
Gerak Silat Lian ini pula adalah sejenis cara mempertahankan diri yang berasal dari
Yunan. Nama asal persilatan ini ialah LIAN YUNAN, BUAH PUKUL MERSING, atau
LIAN 13. Ianya telah berkembang di Tanah Melayu pada zaman dahulu dan sejarahnya
telah dicatat pada mulanya oleh Syed Abdul Rahman pada Februari 1897 di Bandar
Maharani, Muar. Pergerakan jurusnya ada sedikit kelainan mengikut guru-guru Lian
yang mengembangkannya. tetapi ianya tetap Lian dan juga tetap Buah Pukul, asalnya
dari satu keturunan, demikian dinyatakan oleh Guru Tua Ali Bin Kassim dari Endau,
Johor. Di dalam Aliran Gerak Silat Lian ianya perlu diketahui ukuran jangka musuh,
gerak ini perlu dipelajari dan dihayati kerana ianya adalah "Senjata Bagi Kita dan
Rahsia Bagi Musuh".
           Gerak Silat Lian ini dikembangkan di Kuantan, Pahang oleh En. Nazri Bin
Hussin. PJK., di mana beliau telah mempelajari silat ini daripada Encik Salleh Bin
Mamat yang berasal dari Kampung Ibai, Kuala Terengganu. Encik Salleh bin Mamat ini
adalah seorang nelayan yang berpindah dari kampung asalnya dan tinggal di Kampung
Tanjung Api, Kuantan. Encik Nazri Bin Hussin mula belajar silat ini pada tahun 1964 di
Kampung Tanjung Api, Kuantan. Beliau telah di iktiraf sebagai Pembantu Gelanggang
(Guru Kake) pada tahun 1965 hingga 1985. Pada tahun 1988, beliau telah di lantik
sebagai Guru Kanan dan Guru Utama Gerak Silat Lian dengan restu guru daripada
Encik Salleh Bin Mamat iaitu Encik Hassan Bin Salleh yang tinggal di Kampung Gong
Dato', Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu.
      Encik Salleh Bin Mamat adalah seorang pesilat Seni Silat Gayong Terengganu.
Beliau telah mempelajari Silat Lian daripada Encik Hassan Bin Salleh semasa bekerja
sebagai nelayan di Kampung Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu kira-kira dalam
tahun 1950-an. Manakala Encik Hassan Bin Salleh adalah murid kepada Guru Tua iaitu
Encik Ali Bin Kassim. Encik Hassan Bin Salleh telah belajar di Kampung Belimbing
Juling, Endau, Johor daripada Guru Tua Silat Lian Encik Ali Bin Kassim kira-kira dalam
tahun 1940-an, di mana pada ketika itu Encik Hassan Bin Salleh bekerja dengan Encik
Ali Bin Kassim, mencari Rotan Manau pada masa itu. Beliau juga sempat berulang-alik
dari Kuantan ke Kuala Terengganu untuk menambah pengetahuan dan belajar
selok-belok Silat Lian daripada Encik Hassan Bin Salleh yang tinggal di Kampung Gong
Dato', Telipot, Kuala Terengganu dari tahun 1965 hingga 1994.
      Beliau juga sempat mengambil ketetapan gerak laku Silat Lian ini daripada Encik
Ali Bin Kassim dalam tahun 1986 hingga 1987 dan perkembangan ini telah dikemaskini
dengan lebih teratur dengan membentuk satu jawatankuasa bagi perkembangan dan
kemajuan Gerak Silat Lian yang kini telah bergerak dengan pesatnya di bawah
pimpinan Guru Utama En. Nazri Bin Hussin. PJK., di mana ianya berpusat di Kuantan,
Pahang. Sehingga kini pelbagai pengemaskini dari segi sistem pengajaran dan
pembelajaran telah dibuat melalui Majlis Perguruan Gerak Silat Lian. Gerak Silat Lian
telah dipertubuhkan pada 19 Disember 1996 dan kenali dengan nama Pertubuhan
Gerak Silat Lian Malaysia   ( PGSLM ).



" Guru itu lelaki, Murid tu perempuan,
Guru berpegang pada gerak, Murid berpegang pada anggota,
Kerana Guru itu pandang gerak jaga anggota, Tetapi murid itu pandang anggota jaga
gerak,
Guru itu pandang satu nampak lapan, Murid itu pandang lapan nampak satu"
  Maka dengan kelebihan Guru itu kata Pak Yee, haruslah pesilat-pesilat memahami
kata orang tua-tua iaitu :-


" Kalau pun kita pandai, janganlah dicakapkan sangat,
Kalau pun kita berani, janganlah ditunjukkan sangat,
Kalaupun kita penakut, janganlah dinampakkan sangat,
Kalau pun kita bodoh, janganlah diterangkan sangat,
Kalaupun kita kaya, janganlah dihebohkan sangat,
Kalau pun kita miskin, janganlah diketarakan sangat……

Nazri Hussin