Thursday, May 5, 2011

Kelab Single UTHM [ Unofficial ]

aku nak ngarut pasal ape erk. haha.. pasal kelab aku la Kelab Single UTHM [ Unofficial ] 
kelab ni boleh dikatakan agak aktif la jugak . aktif camne? ade la aktiviti yang kami wat . beriadah di petang hari. makan malam bersama. sarapan bersama . keluar bersama . banyak juga lah .

mula mula aku masuk kelab ini rase cam x de funtion kot. aku just masuk. kelab ni awal bulan 3 cam tuh lah.. bile first meeting ngan dak2 kelab. aku berjumpe ngan kiki, adza, nenek, atok , jam  and madi. mereka agak peramah. iya. aku suka berkawan dengan mereka.. meski pon mereka lebih muda dari aku yang tue beberapa tahun dari mereka. tapi mereka mudah mesra.. yelah. aku pon mude lagi kot. hue hue.. tapi tuh la skang umur dah x penting bila dah kealam dewasa ni. semuanya sama. yg membezakan kita. amalan dan ilmu saja.. yang penting kena lah hormat satu sama lain, itu lah yang paling penting. hormat ni bukan kata yang muda perlu hormat dahulu. tak kira sapa yang mula dahulu yang penting ukhwah yang terjalin di mulakan dengan rasa hormat menghormati.

hormat ni bukan seperti pergi menyembah atau apa. tapi. melalui perlakuan seseorang dengan rasa hormat. wah.. alangkan nikmatnya kalau kamu tahu rasa hormat menghormati macam mana. pandang dengan hormat, cakap dengan hormat. bergurau dengan hormat.. hehe macam mana tuh.. ntah la.. tapi. yang penting jangan menjatuhkan maruah orang. nak membahan pon.  kene la dengan tempatnya.  tapi iya lah masing punya cara untuk bermesra/mengenal satu sama lainkan. so kena lah kenal dahulu kawan2 kita seperti mana. jangan melenting dahulu or terus nak menilai yang buruk pasal orang yang baru kita kenal tuh. kerana masing2 punyai pael masing2.kerana masing - masing daripada suasana kehidupan yang bebeza. tapi bila dah jadi kawan tuh. kite perlu lah memberi nasihat jikalau kawan kita membuat silap. bukannye "alah die dah besar pandai2 sendiri lah" , "buang mase je aku nak nasihat die, bukan dapat ape2 pon", . kalu kawan kamu itu wat kesalahan. tegurlah dengan elok. insyallah dia akan berfikir juga. yelah ape yang kita buat itu tidak semestinya betul. kadang - kadang kita pun tak sedar yang kita ni wat silap. tarmasuk lah saya ini.

   ok berbalik kepada kelab tadik. ape yang aku boleh tengok dari kelab tu. semakin hari semakin berkurang ahlinya. kerana ahli tertinggi sedang melakukan tapisan kepada mereka yang sudah ada pasangan ataupon yang tidak aktif. aktif yang dimaksudkan di sini adalah seperti tidak pernah menghhadiri aktiviti yang di jalankan kelab, tidak pernah munculkan diri di dalam group di fb , mungkin sebilangan tidak mahu menonjol di dalam aktiviti . tapi sekiranya semua ahli terlibat sama insyallah . akan banyak lagi aktiviti akan di buat.

Diucapkan syabas kepada mereka yang telah menghidupkan kelab ini. di harap kelab ini mendapat sambutan dengan lebih ramai lagi. selamat maju jaya diucapkan .  hueheuheuheuehu ( dah macam Yb berucap lak.. hoho)

Monday, April 4, 2011

Pertandingan gubahan hantaran sempena Karnival Gegar D'TF

yeah post kali ni aku nk citer pasal aku masuk pertandingan gubahan hantaran (gula - gula) . sempena Gegar d' TF.yang berlangsung pada minggu lepas selama 4 hari yang berakhir kelmarin.dengan paksa rela aku memasuki pertandingan ini setelah dik nana menyuruh aku dan apot masuk juga pertandingan itu. . wahh. lelaki masuk gubahan beb. aku tak tahu rekabentuk yang macam mana yag sesuai. tapi sejam sebelum pertandingan itu aku pergi membeli barang gubahan sume. beli la apa yang patut. hoho.
      saat aku memasuki di dalam bilik aktiviti semua gadis. memandang kearah kami.. aku berasa keget. segan pon ade. tapi aku wat2 cool. pergi ke kaunter pendaftaran. wah. mereka asyik memandang kami.. segan lak (sila muntah) hahaha. masa yang di berikan selama 2 jam. dan barang yang penganjur sediakan adalah seperti gula -gula. snek apollo. ngan dawai halus, serta jarum peniti.
      tgk jelah pic yang aku lampirkan ini. grr..




                                                  Dik nana ngan gadis2 kaunter pendaftaran



berceloteh dahulu sebelum pertandingan bermula



sesi soal jawab dengan dik Bulan



mula mengukir

tadaa.. siap.. larik dari design. haha.. mase tak cukup

yeah action kame.. hahahahaah...


jumpe lagi tahun depan

Wednesday, March 16, 2011

Geng Bahulu Di fesbuk

Malam ni aku nk wat entry pasal satu group Family lah.. Family bahulu... di mana di cetuskan bermula dari Formspring. aku tak jelas sangat tentang sejarah penubuhan GBdFB ni. tapi aku di perkenalkan oleh Cik Bahulu. cik bahulu ni and the geng selalu bertanya kan soalan2 yang beribu ribu dah aku jawap. soklan rasmi, soklan x rasmi. semua soalannya sangat mencabar minda. iyaa.. mencabar minda. hehehe.
mereka adalah pelajar lepasan spm yang menunggu result spm. dan juga yang masih bersekolah. tapi seperti biasalah aku slalu menjawab soalan dengan sengalnya. ada juga yang serius. hehe. apa2 pon seronok juga melayan mereka takkala kepala tengah tensyen dengan study. dari aku duk pening pale menjawab soklan Hidraulik,Calculus,Mechanic structure, lab bagai tuh. aku meluangkan la masa untuk menjawap soalan2 yang seronok aku jawap. hehe..
     daripada situ la aku mengenali mereka. sehingga aku di jemput untuk memasuki group GBdFB ni. Tak tau  ada ramai gak yang join group ituh. woh.. mereka sangat happening.. haha. kami seperti keluarga di alam maya..
    di harap semua family di dalam GBdFB ini dapat mengeratkan ukhwah sesama kita ya.
^_______^    

Monday, March 14, 2011

tsunami di jepun 2011

ini ada gambar semasa dan selepas tsunami di jepun.



saya mendoakan agar saudara-saudara kita yang berada disana, tak kira apa bangsa sekalipun, tabah menghadapi segala ujian yang diberikan-Nya. Al-Fatihah kepada saudara-saudari muslim yang  kehilangan anggota keluarga, dan takziah kepada saudara-saudari di bumi Jepun .

Tuesday, March 8, 2011

Teng adik.... huhu

terima kasih kat Eny Shafina coz sudi nyanyikan lagu feberet gua.. wahh.. aku mmg minat lagu ni wehh.
losing it - nevershoutnever .  jom sama - sama kite dengar Eny Shafina (Kucing Hijau)


mekasih ya cik Eny Shafina (Blog Eny)
balik kuantan nanti kite jamming yaa.
mekasih  dik ^____^

Friday, March 4, 2011

sehari di sg nibong

28.2.11

aku bersama teman - teman pergi ke kg sg. nibong, untuk membuat penyelidikan tentang kebudayaan masyarakat jawa di malaysia. iaitu barongan, riyok.(reog) dimana kami di bawa oleh pemandu pelancong. kawan kepada fadhil. "tak in" neme die. ntah la. inn je aku dengar.  samapai sahaja di tempat yang kami ingin pergi. rumah yang aku igtlah. berdekatan dengan monumen layang burung satu malaysia.
yuyu,cik yah,surya,zawa

setelah sampai di rumah itu kamu pun pergi ke rumah wak laji. dimana beliau adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyimpan barang/peralatan barongan. menurut wak laji beliau adalah generasi ke 3 yang menyimpan barongan dari moyangnya. barongan wak laji ini di ambil dari tanah jawa indonesia dan di bawa ke sg nibong. di mana di sg nibonglah tempat bermulanya barongan di malaysia. barongan wak laji di perbuat dari kulit harimau dan bulu burung merak yang sebenar.


wak laji sedang memasang bulu burung merah di atas kepala harimau

seterusnya kami bergambar dengan setiap watak yang ade di dalam cerita barongan ,riyok(reog ) ini. aku cam biase la tukang ngambilnya gambar. haha. yang kelakar nya masing -masing tiba- tiba bercakap indon sama wak laji.. hahah.. aku ngak paham apa yang wak laji cakap. ada sesetengah yang aku tidak fahami.


kami yang berstyle


zawa ngan cik yah (watak tuan puteri)




fadhil dan apot mencuba kuda tunggangan si puteri(riyok)

antara peralatan muzik yang slalu di gunakan semasa barongan di pertontonkan ialah

 gong


gendang besar

tanglung


watak yang ada dalam barogan ialah

tembem,pentol,ganong

setelah sesi bergambar baru la kami naik kerumah untuk sesi temuramah bersama wak laji
banyak juga input yang kami dapat. kerana sebelum ini kami memang tidak tahu apa -apa pasal barongan. dan tak pernah tahu barongan itu senibudaya masyarakat jawa.
hari sudah senja dan sudah masuk magrib. kami bersolat dahulu di rumah wak laji sebelum meneruskan
perjalanan ke destinasi lain. iaitu ke rumah pak abu, pak abu adalah ketua permainan bagi barongan sg nibong , dimana segala cerita dan watak pak abu tahu.  sebelum ke rumah pak abu kami pergi makan dahulu
wah sungguh seronok. pasal orang belanje makan "tak in" blanje makan.. terima kasih kepada beliau.


 wil fred


fadhil dan "tak in"

surya,zawa,cik yah

terima kasih kepada "tak in" kerana belanja kami ya ^__^


selepas makan kami terus ke rumah pak aku. wahh di situ bnyak lagi input yang kami dapat tentang watak barogan.

kusyuk mendengar cerita dari pak abu


pak abu ensem

pantang bergambo tul dak2 ni


ini adalah cerita dari pak abu

Barongan ini mengisahkan tentang peminangan Perabu Kolono Siwan Donno dan Warok Singo Ludroo dengan puteri Songgo Langit. Maka terdapat satu tempat bernama Kerajaan Kendiri. Kerajaan Kendiri di dalam negeri itu terdapat seorang puteri yang bernama Puteri Songgi Langgit. Pada ketika itu Puteri Songgo Langit sudah bertunang dengan seorng raja yang bernama Perabu Kelono Siwan Donno. Pada suatu hari, Warok Singo Ludroo yang datangnya dari Negeri Bantara hendak meminang puteri Kerajaan Kendiri. Warok Singo Ludro mempunyai sifat fizikal berbadan seperti manusia berkepalakan harimau dan mempunyai merak di tengkuknya.

Puteri Kendiri menolak pinangan itu kerana dia sudah bertunang dengan Perabu Kelono Siwan Donno. Namun begitu, Warok Singgo Ludro memaksa Tuan Puteri menjadi isterinya. Maka, dalam serba salah puteri ketika itu, puteri pun mengeluarkan satu syarat yang berbunyi “saya mahu satu tarian atau persembahan yang belum pernah dibuat dan tidak pernah dilihat”. Dalam pada itu Patih Bujang Ganong nmencadangkan supaya membuat persembahan Riyok. Apabila sudah dipersetujui cadangan tersebut, Bujang Ganong pun memanggil rakan-rakannya seperti Tembem, Pentul dan Joko Taun.

Namun begitu, apabila sedang asyik Bujang Ganong ,Tembem, Pentul, Joko Taun dan Kelono Siwan Donno membuat persembahan, tiba-tiba Puteri Songgo Langit disambar oleh Warok Singgo Ludroo dan dibawa terbang ke Negara Bantara Aingin. Apabila keadaan menjadi kelam kabut, Puteri Songgo Langit sudah tidak kelihatan maka bersurailah satu persatuan tarian tersebut.

tepat pukul 11 mlm kami ingin pulang ke kolej kami mengabadikan gambar kami bersama pak abu dan anak-anaknya


kami ingin pulang ya pak

bergambar bersama pak abu dan puteri -puterinya


sekian saja dari saya.
terima kasih kepada ahli kumpulan yang terlibat dalam tugasan ini.
^__^

Thursday, March 3, 2011