Wednesday, June 1, 2011

perjalanan pergi ke muzium pekan

waktu tengah berkumpul di semambu




halu... apekabar korang!!! <tiru ayat cik epal)
arini aku pergi ke muzium pekan pahang. untuk photoshot silat. untuk di bukukan dan di simpan didalam muzium pekan sebagai warisan. woh. masuk lam muzium sebagai warisan tuh.. anak cucu bley tgk. (nnti aku asyik bawak anak cucu aku ke muzium pekan phg jelah nnti) hue huehue."itu atuk mase mude-mude dlu" cucu2 bangga kan. hohohoho.

kami berkumpul di semambu. cam biase lah aku merempit dari balok ke semambu. kami bertolak pukul 6.45 ptg. dan sampai pada kul 7.30. sampai jerk terus makan. waahahaha. lapo2. makan dloo. selepas makan. rehat kejap pastu terus bersiap dengan baju untuk pergi photoshot di gelanggang yang di sediakan. ada unggun api. dang spotlight2 , pagar daun kelapa. fuhh. mmg seperti gelanggang dulu2 kat set penggambaran tuh.

selepas itu seperti biasalah. bukak gelanggang dan latihan rengangan badan di mulakan. seterusnya. salam perguruan. dan jurus2 yang lain. berpeluh kami di buatnya. dengan bahang unggun api. setelah sampai jurus simbol 2 belah. kami di suruh membukak baju dan di sapu minyak.. minyak zaitun. huhu. untuk menampakkan efect peluh. mmg menonjol lah. setelah itu scene tempur pula. mula2 jamil dengan amir melakukan persembahan. dan n dengan amier pula melakukan persembahan.

seterusnya pula giliran pok untuk membuat persembahan. salam perguruan.  sambil di ikuti oleh kami.
selepas itu jamil membuat persembahan solo. sungguh panas unggun api..

aku pon tgk la gambar2 dan video yang mereka shoot tuh. pehhh. lawo gile bai... bley wat picture profile kat fb. hohohoho. video nye pehh memang terbaik laa. pakai kamera mahal kot. x sempat nk usha die pakai kamera apa. tapi kesannya memang terbaik. sesudah itu sesi photoshot pon selesai pada pukul 11.30 kami diberi makan dan minum serta duwetttttttt.. wohh. alhamdunillah dapat gak rezeki.. hoho


. sori buat masa sekarang gambar nya belum ada lagi. tapi insyaallah kalau dapat gambarnya akan ku kongsi. sekian :(

aku minat gak maen kamera ni. tp aku x de kamera .. wuu wuuu

No comments:

Post a Comment

http://bit.ly/17xmDgK